Pages, 2010, 2011, 2012

SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013

Sudah menjadi lumrah dunia setiap awal tahun disambut dengan begitu meriah sekali..... Aku bersyukur kerana masih bernafas dengan baik.  Kematian dan kehidupan silih berganti dan setiap masa, hari, bulan dan tahun akan berlaku perkara ini.

Begitu juga urusan dunia, pelbagai perkara yang terjadi, tidak kiralah perkara yang buruk atau yang baik, pergolakan, peperangan dan sebagainya.  Dunia tetap begitu dan 4 musim tetap berpusing mengikut giliran.  Keamanan juga ada di mana-mana begitu juga peperangan, menunjuk-nunjuk kekuasaan dan kita sendiri harus merenung sejenak di mana kita berada.....  Berdoalah semoga negara kita ini sentiasa aman, damai, dan tiada peperangan.

AMIN, AMIN YA RABAL ALAMIN....