Air Panas Girls School, Setapak, Kuala Lumpur sekolahku. Aku tinggal di Gombak dan bersekolah menengah di APGS bermula tahun 1969 dalam kelas peralihan. Kelas peralihan ialah untuk murid-murid daripada sekolah Melayu untuk memasuki menengah Inggeris, pada masa itu sekolah rendah, sekolah menengah ada dua aliran iaitu Melayu dan Inggeris. Aku dihantar ke sekolah menengah aliran Inggeris itulah pasal kena masuk kelas peralihan selama setahun. Setahun kemudian barulah dinaikan ke Tingkatan 1. Bagi murid-murid yang semasa sekolah rendah aliran Inggeris mereka akan terus ke Tingkatan 1 di sekolah menengah aliran Inggeris. Pada tahun 1970, pakaian seragam murid-murid di semua sekolah rendah dan menengah diseragamkan sehinggalah ke hari ini. Kalau nak tahu pakaian seragam sekolah bagi murid perempuan sekarang, pada zaman saya tingkatan satu dikuatkuasakan menjadi pakaian seragam yang standard hingga sekarang. Bagi murid-murid lelaki pula serba putih dan sekarang hanya seluar putih ditukar kepada warna hijau lumut ditukar kerana tidak sesuai seluar putih kerana pada azalinya murid lelaki sangat lasak. Selepas itu, pakaian seragam bagi murid-murid sekolah rendah pula diseragamkan bagi seluruh Malaysia. Tujuan penyeragaman ialah kerana sekiranya murid-murid bertukar sekolah mengikut keluarga yang bertukar (polis, tentera, jururawat dan sebagainya) tidaklah menjadi bebanan kepada keluarga untuk membuat pakaian seragam yang berbeza-beza di atara sekolah di Malaysia. Begitu juga dengan buku teks telah diseragamkan atas sebab-sebab seperti ini.
Aku ke sekolah naik bas khas yang disediakan oleh syarikat bas ialah Bas Len Seng. Kami membeli pas bas bulanan. Setiap pagi pukul 6.30 pagi kami sudah belongok-longok menunggu bas yang tiba pukul 6.45 pagi. Ceritaku ini pada masa itu belum ada kempen muhibbah dan memandangkan pada 1969 ada pilihanraya, maka satu insiden yang menjadi sejarah telah berlaku dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Dipendekkan cerita pertumpahan darah pertelingkahan perkauman antara Melayu dan Cina dalam peristiwa 13 Mei 1969. Pada hari berkenaan aku bersekolah petang di APGS. Sekolah aku terletak di dalam kawasan majoritinya kaum Cina. Entah mengapa beberapa peristiwa pertumpahan darah bermula di kawasan Air Panas, Setapak. Petang tu kami bersekolah seperti biasa dan balik juga seperti biasa. Selepas loceng akhir kami pun keluar terus berlari (seperti biasa berebu-rebut) untuk menaiki bas dan aku dah tentu jadi hero naik bas sambil memanjat ikut pintu belakang kerana kalau ikut pintu depan dah berkerumun murid lain, kerana nakkan pemandangan tempat duduk belakang yang memanjang iaitu mengadap-ngadap. Bas pun mula berjalan dengan lajunya tapi kami masih tidak sedarkan keadaan serta suasana kerana sepanjang perjalanan balik di sekitar kawawan yang dilalui tidak nampak lagi huru hara.
Bas berjalan laju dan berhenti dengan begitu laju dan cepat, kami terhoyong-hayang di belakang walau pun duduk. Apabila sampai di Batu 5 Gombak berhadapan dengan kilang Lee Rubber (sekarang Medan Idaman) kelihatan sekumpulan pemuda Melayu berjalan sambil memegang buluh runcing, aku tertanya-tanya dan dalam kumpulan itu aku ternampak pulak boyfriend kakak dan sambil menjerit namanya, dia memandang, sambil menjerit balik-balik. Bas yang membawa kami tu seumpama lipas kudung menekan minyak menghantar kami ke destinasi begitu laju kerana pemandunya adalah berbangsa Cina. Dia dalam keadaan cemas serta takut, takut dikerjakan oleh kumpulan tadi tu. Selepas kami diturunkan, bas memecut laju menghala ke KL semula. Kami pun berjalan balik, sesampai saja aku di rumah kakak aku bertanya ada apa-apa insiden berlaku tak semasa perjalanan balik, aku jawab tak ada. Dia menjelaskan kepadaku bahawa beberapa peristiwa berdarah telah berlaku dan malam itu kami melihat berita di TV (masa tu hitam/putih) peristiwa yang tak diingini berlaku itu terjadi di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Chowkit di mana banyak kenderaan dibakar dan sebagainya dan itulah dinamakan rusuhan kaum. Kalau tak silap saya kami diperintahkan berkurung selama dua minggu lebih, bila waktu siang perintah berkurung dilonggarkan dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang kalau tak silap. Masa itulah kami keluar membeli barang makanan, dulu-dulu kedai runcit orang Melayu agak kurang yang ada kedai runcit mamak. Sehingga habis bekalan makanan mamak tu tak dapat menambah kerana tak boleh ke mana-mana dalam keadaan darurat. Kami pula sudah tidak ada sayur, maka semua pucuk ubi pun dipetik termasuklah pucuk ubi gajah.... pun jadi lauk harian.... begitulah ceritanya dapat juga rasa suasana seperti zaman pemerintahan Jepun tapi taklah sebrutal zaman itu.
Dalam tempoh dua minggu itu pula, anak jiranku yang bekerja sebagai guru telah tidak balik daripada mengajar mulai dari tarikh itu. Makcik Mun dan Pakcik Talib berendam air mata menunggu berita anak perempuan sulung pulak tu.. aku panggil anaknya Kak Julie. Sepanjang tempoh perintah berkurung itulah Makcik Mun berendam air mata sampai bengkak-bengkak, aku turut bersimpati kepadanya dan keluarga. Perintah berkurung tu fuhh... sangat memeritkan, itu baru dalam rumah sendiri belum dalam penjara tu... Hari berganti hari maka sampailah satu hari rusuhan sudah dapat dikawal dan Kuala Lumpur dalam keadaan berjaga-jaga. Kuala Lumpur dikawal oleh Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada pasukan Renjer juga Askar Melayu. Satu petang dalam suasana semua kejiranan berada di luar rumah kerana beberapa pasukan keselamatan (tentera) datang mengawal kawasan taman perumah kami, maka kembalilah insan yang di nanti-nanti oleh Makcik Mun dan Pakcik Talib, maka terjadilah satu adengan yang menyayat hati antara mereka sekeluarga. Pintu pagar besi dibuka oleh Pakcik Talib dengan tergigil-gigil untuk menyambut kepulangan anak sulung mereka juga Makcik Mun dan anak-anaknyu yang lain meluru ke pintu pagar besi, sejurus terbukanya pintu itu semua anak beranak berdakapan sambil menangis kerana kegembiran atas kepulangan Kak Julie. Anggota tentera yang menghantarnya pun kelihatan terharu akan drama sedih itu begitu juga kami yang berjiran hanya dapat melihat dari dalam kawasan rumah masing-masing dan terharu serta gembira juga apabila ahli keluarga mereka selamat kembali.
KOLAM MATA AIRKU
Aku adalah anak bongsu dalam keluarga, kisah-kisah semasa kecil sangat memberi kesan yang mendalam terhadap diriku hinggalah masa kini, ahem..ahem.. masa senja ni lah..
Bermula ketika itu aku tak ingat berapa umurku tetapi rasanya dah sekolah darjah satu kot... aku sangat suka mandi sungai. Ada satu keluarga di kampungku yang kami hormati kerana ketua keluarganya adalah ustaz yang dipanggil "Pak Ungku" yang mengajar kami di sekolah agama. Selain daripada mengajar di sekolah agama, beliau dan isteri rajin membuat kuih untuk dijual di sekolah rendah di kampung kami tu.
Rumah beliau dipinggir hutan di belakang bangunan sekolah, setiap hujung minggu aku dan rakan-rakanku yang rata-rata mereka adalah anak-anak guru yang mengajar di sekolahku sama-sama menyusur tepi hutan mencari sesuatu yang pelik-pelik, maka kami pun menyusur satu anak air (mata air) dan kami terpegun dengan keindahan kolam itu. Rupa-rupanya itulah tempat mandi manda keluarga Pak Engku. Kami pun menumpang mandi beramai-ramai. Aku dapat bayangkan betapa tenangnya air yang mengalir dari kolam itu, sambil itu memerhatikan ada ikan-ikan kecil berenang-renang di dalam kolam itu dan kami pun meninjau-ninjau dengan gembiranya. Dalam pada melihat-lihat ikan berenang-renang, kami pun berpakat untuk mandi manda di situ maka kami pun menghabiskan masa berkecimpung di dalam kolam sambil membuat gelembong itik sambil bersorak-sorak gembira. Ada juga ketika di hari-hari lain kami ulangi ke tempat itu dan ada juga insan lain penghuni hutan bersama-sama bermain di situ yang dapat dilihat bergayutan di atas pokok-pokok berdekatan.
Selepas mandi manda di kolam, kami bermain di bawah bangunan sekolah mencari semut yang mana kami melihat lubang-lubang semut lalu dicocok dengan rumput panjang yang halus dan setelah dicocok, semut-semut itu akan keluar dan kegembiraan melihatkan semut-semut itu berjalan beriring-iring dengan tertib..... Ketika itu maklumlah umur yang muda tidak terfikir kitaran kehidupan sang semut.... belum belajar ilmu alam lagi. Dan lagi si satu sudut anak sungai yang sama juga iaitu dihilir sungai juga terdapat kolam yang dengkat dan di situ banyaklah didiami sang katak. Puas juga kami menangkap berudu dimasukkan ke dalam botol dan di bawa balik. Maklumlah di sekolah zaman itu kalau subjek sains kitaran hidupan katak adalah subjek yang unik. Kami pun diarahkan oleh guru sains untuk mencari berudu dibawa ke sekolah dan dilihat kitaran hidupnya hinggalah menjadi katak..... gembiranya tak terhingga melihat akan putaran kejadian kehidupan katak....
Itu part meneroka di pinggir-pinggir hutan.... pengalamanku seperti budak lelaki, ala apa tu yang dipanggil sekarang tom boy? Ha.. tom boy.... ada juga di mana bapaku membela kambing, akulah menjadi gembalanya he..he.. tetapi menjadi gembala ketika kambing-kambingku dah tak tahu nak balik dan nak naik reban. Ketika hari hampir senja, itulah kerja aku mengejar kambing-kambing supaya naik ke reban. Kambing-kambing dulu pandai... bila keluar ke pandang meragut rumput ke atau ke mana-mana dia tetap akan balik rumah cuma baliknya dah nak senja tetapi part kelakarnya bila dia tak dapat cari pintu masuk reban... Ha... kat situlah peranan aku sebagai apa tu... ala... tak yah cakaplah tetntu anda tahu jawatan saya pada masa tu.... he.. he..
Dalam pada itu, ada juga pengalamanku semasa pergi mengaji di waktu malam. Selepas merebankan kambing, pergi mengaji, lepas maghrib aku akan pergi mengaji ke rumah pakcik Osman, rumahnya ditepi sungai juga, fuhh.... ada lagi sungai.... tapi dah malam tak berani nak ke sungai. Aku pergi mengaji naik basikal yang gedabak iaitu basikal untuk orang lelaki yang besar (masa tu aku kecil naik basikal besar bayangkanlah bagaimana mengayuh, pegang kat galangnya saja tak duduk atas seatnya) kayuh bukan main laju, pecut macam Formula One... Waktu kami mengaji lebih kurang satu jam daripada 7.30-8.30 malam. Lepas mengaji kami berlumba-lumba balik dengan basikal. Ada juga yang jatuh tetapi bukan saya.... kesian dia, kami pun membantu dan kena marah juga kerana mengayuh basikal dengan laju kat jalan besar pulak tu.... fuhh... kena warning oleh bapaku.
Sekarang aku amat merindui suasana seperti itu dan juga rakan-rakanku yang selalu dipanggil Kenit anak Cikgu Sahlan, Kenitlah yang selalu aku bawa dan ajak ke mana-mana sehinggakan ibunya pernah melarang aku membawa anaknya berjalan-jalan sekeliling kampung, bukan apa aku adalah anak Tok Penghulu di kampung tu kenalah melawat-lawat kawasan. Kadang-kadang ada baiknya juga kerana pernah aku menemui satu keluarga yang baru pindah dan aku melaporkan kepada bapaku, maka bapaku sebagai penghulu di kampung perlu tahu hal ehwal penduduk seperti YB jugaklah...

MENANGIS SAMBIL MENAIP
Di peringkat awal aku bekerja... aku bekerja sebagai jurutaip. Biasalah bila seorang jurutaip baru nak mula kerja kenalah menaip manuskrip yang solid je... Maka aku pun diberikan tugas untuk menaip satu manuskrip bertajuk Man dan Min yang ditulis oleh Faridah Lin. Bos aku ni memang sengaja nak mengenakan aku agaknya, dia tak cerita apa kisahnya bahan manuskrip itu. Aku dengan rasa seronoknya pun mulalah menaip. Mula-mulanya tidaklah berapa "touching" di mana dalam bab permulaan menceritakan bagaimana Man yang masih budak telah kematian ibu dan beliau dijaga oleh ayah yang bekerja sebagai nelayan... alah dulu-dulu nelayan ke laut hanya dapat tangkapan cukup-cukup makan je.. tak macam sekarang. Man ke sekolah hanya memakai selipar Jepun, baju sekolah hanya sepasang, bila balik sekolah dibasuh sebab nak pakai keesokan harinya. Pagi-pagi kalau ke sekolah rambut disikat menggunakan jari sambil dicelupkan jari ke dalam air dan disisrkan ke rambut. Aku teruskan juga menaip manuskrip tersebut sehinggalah habis. Jalan cerita itu bersahaja tetapi amat menyentuh hati dan perasaanku. Rupa-rupanya manuskrip itu adalah kisah hidup (semasa kecil) Sasterawan Negara Allahyarham Dato' Usman Awang. Manuskrip itu telah dicetak dan diterbitkan tetapi sayangnya tak ramai di antara kita yang membeli serta memiliki buku itu.....
Aku amat berbangga kerana dapat menaip cerita itu dan sehingga kini kisah ini masih lagi terpahat di hati dan jiwa ragaku, malah ke mana-mana saja aku pergi apabila bercerita-cerita maka aku tidak lupa menyelitkan kisah ini untuk sama-sama memahami dan renungkan betapa bahgianya kita sekarang mengecapi suasana yang lebih selesa kerana negara kita yang aman dan damai.... Oleh itu marilah kita sama-sama mengecapi keamanan dan kedamaian yang telah diberikan oleh datuk nenek kita dulu untuk kita dan janganlah kita biarkan apa yang kita kecapi dihancurkan oleh kita sendiri demi untuk anak cucu kita pula.

sambung kisah dulu-dulu
Tahun 2000 telah banyak mengubah rupa jabatan aku bekerja kerana sekarang ni adalah zaman global, semuanya menggunakan peralatan yang canggih, yang terkini mengikut peredaran zaman. Aku amat berbangga dapat mengalami perbezaan ini. Bukan sahaja peralatan yang canggih, pekerja juga canggih. Di zaman 20han ini semua pekerja dibekalkan peralatan komputer dan aku pun mendapatnya dan tidak membuang masa untuk mempelajari apa saja yang berkaitan dengan tugas atau pun tidak. Tak tahulah mengapa, aku suka sangat menambah mencari ilmu untuk memajukan diri dan membuka minda yang positif, bukan hanya yang berkaitan dengan tugas, tetapi untuk menambah ilmu pengetahuan supaya aku tidak dikatakan ketinggalan atau kata orang putih 'outdated'.
Maka masa-masa senja ni, aku sampai juga akhirnya dan dengan perkhidmatan yang begini lama. Aku sangat berbangga kerana rakan-rakan lama dan baru yang sangat kuhormati dan sayangi masih mengingatiku sebagai seorang pekerja yang senior walaupun aku hanya dalam kumpulan sokongan II. Terima kasih atas ingatan rakan semua dan kuhargai hubungan baik itu dan tidak kurang juga yang benci, walau bagaimana pun sekali lagi aku amat-amat hargai kalian semuanya dan sekiranya ada di antara mereka yang menyentuh perasaanku, kuanggap itu hanyalah asam garam suasana orang bekerja.

KISAH DULU-DULU
Kisah dulu-dulu masa mula-mula bekerja. Masa tu umur baru 18 nak masuk 19 dah mula bekerja, agak asing jugalah kerana tak pernah bekerja di mana-mana pejabat. Mula-mula dapat pelawaan temuduga aku rasa panik jugalah, maklumlah tak pernah bekerja baru lepas sekolah. Aku dihantar oleh kakak untuk menghadirinya, dalam hati syukur alhamdulillah nak juga kakak aku hantar, elok sampai di tempat temu duga selepas mendaftar dia terus kata balik sendiri sebab dia ada urusan di tempat lain dan tidak dapat mengambilku, bederau rasa hati, macam mana nak balik ni.... sebelum temu duga puaslah bertanya dengan peserta lain balik mana, balik mana. Tup-tup ada pula member yang balik sehala, fuhh lega....
Kisah mula-mula melapor diri pulak.... Selepas temu duga seramai 6 orang peserta telah dilantik menjawat jawatan yang dimohon dan melapor diri pada tarikh yang sama. Maka kami pun melapor diri... hari pertama selepas ditempatkan di bahagian masing-masing, waktu makan tengah hari kami berkumpul di ruang yang dijanjikan dan berbual-bual. Sambil berbual-bual kami ditegur oleh Sdri Rohani mengajak kami bersukan bola jaring(netball). Seperti pucuk dicita ulam mendatang kami pun terima dengan gembiranya, maka minggu hadapannya kami pun bermain bola jaring dan seterusnya sukan-sukan yang lain seperti badminton, ping pong, pokok pangkal apa saja sukan yang boleh kami ikuti ketika itu sehinggalah masuk belajar silat.
Kalau diingat-ingatkan lagi banyak kisah-kisah manis yang kualami semasa bekerja dan masa berubah mengikut peredarannya. Orang dulu-dulu berfesyen sangat berbeza dengan zaman sekarang maklumlah fesyenlah katakan.... hingga sekarang aku telah berkhidmat di jabatan ini lebih kurang 36 tahun lamanya. Kalau generasi sekarang susah juga nak sampai ke tempoh perkhidmatan seperti ini. Aku memulakan perkhidmatan dari peringkat bawah hinggalah di peringkat pertengahan sekarang (setakat yang mampu je lah). Itu pun sudah bersyukur diberikan kesihatan, serta akal yang matang dalam menangani urusan kerja dan juga kehidupan.

Subscribe to:
Comments (Atom)