Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba, kami pun bertolak awal pukul 4.00 petang telah menuju ke LCCT kerana kami menaiki Air Asia. Kami tiba awal, maka menunggulah yang lain-lainnya tapi kakakku bengang juga yang lain-lain tu rumahnya sebelah LCCT tapi lambat sampai. Hai dok mengomellah dia, tapi kami yang ada bersamanya diam aja dan masih menunjukkan muka gembira, maklum aja nak ke melawat KOREA tempat KPOP kata anak lelakiku yang sangat minat dengan fesyen KOREA sehinggakan pakaian, rambut, kasut bag semuanya mengikut style KPOP. Masa yang dinanti pun tiba, kami pun menaiki kapal terbang dan terus menuju ke SEOUL. Sesampai di SEOUL pukul 5.00 pagi tapi agensi yang membawa kami tu belum tiba maka kami pun menunggu lagi.
Keesokan harinya kami melawat ke Seoul Tower... Nak naik ke atas kena naik kereta kabel. Pemandu pelancung kami Steven tu bawa kami menunggu pintu jual tiket lepas subuh sepeie.... katanya kalau tak ramai orang susah nak beli tiket.. alah alasan je, bila kami berada di situ memang beraturlah tepi taklah seramai orang nak tengok konsert... gempak je si Steven tu.
Cucu saudaraku tu Muhammad Faris dah mula berbahasa KOREA, wah pandai sungguh dia dengan tidak segan silu dia mengucapkan "Hanyeng Sayo!" kepada sesiapa saja yang melintas. Seoul Tower dia mengucapkan perkataan itu, dan dia mendapat 3,000 won daripada seorang tua (atuk kata Ayis) yang datang berkunjung di menara tersebut. Kami rasa terharu pula dibuatnya, mungkin Atuk tu suka tengok Ayis yang muka sepesen dengannya dan peramah pulak tu...
Selepas ke Seoul Tower kami dibawa melawat perkampungan contoh (model bangunan)dulu-dulu di tengah-tengah bandar Seoul. Amboi luasnya berekar-ekar dah tu kena jalan kaki pula masuk ke perkampungan itu, begitu juga ke Muzium Antik mereka berekar-ekar luasnya. Kami berjalan mengikut tunjuk arah yang disediakan dan di belakang kawawan itulah bas-bas pelancong menunggu jadi kami perlu menghabiskan lawatan ke tempat-tempat seperti istana lama hingga ke bahagian belakang. Steven menerangkan satu persatu tentang rumah-rumah yang dilawati.
Hari ketiga, kami dibawa ke tempat yang membuat makanan musim sejuk orang-orang Korea iaitu Kimchee (alah sayur kobis cina yang dilumur bersama bahan-bahan seperti udang kering, serbuk cili, perahan limau, dan lain-lain ramuan. Selepas dilumurkan Kimchee di simpan di dalam balang atau tempayan dan diperam. Menurut kata Steven, Kimchee dibuat dan disimpan di dalam tempayan dan ditanam (itu cara orang dulu-dulu yang tak ada peti sejuk). Dalam zaman sekarang Kimchee dibungkus mengikut ciri-ciri moden dan boleh dimakan bila-bila masa tak payah tunggu musim sejuk baru nak makan. Sambil melawat, kami diminta untuk melumurkan sayur kobis itu... maka semua yang pergi pun membuat tugas itu, tapi sambil membuat tu antara kami tertanya-tanya dan beranggapan bahawa kobis yang dilumur itu dihadiahkan kepada kami. Alangkah melesetnya sangkaan kami.... malah kami ditanya kalau-kalau nak beli pulak!... Oii. mana ada percuma kat dunia ni, semuanya berbayar.
Banyak tempat yang kami lawati termasuklah kilang Amethyst (batu permata berwarna biji kundang - purple tu). Bila masuk kedainya (seperti kedai emas kat KL), hanya rombongan kami je... semua jurujual berebut-rebut mencuba menarik perhatian kami untuk membeli.... Kami yang datang ni senyum-senyum je... tak ada rancangan nak beli pun