Pages, 2010, 2011, 2012

KISAH BABY DAN SPEIDY


Inilah kisah dua ekor kucing Siam yang ada di rumah kakakku.  Seekor bernama Baby (nama itu aku dan suami panggil kerana nama sebenarnya aku tak tahu, almarhum abang iparku ada menamakan Si Baby ni tapi aku tak pernah dengar namanya dipanggil bila kami ke rumahnya).

Mulai bulan Julai 2012 aku tinggal bersama kakakku bagi menemankan dia setelah kembalinya ke rahmatullah suami yang tercinta.  Maka bermulan cerita Baby dan Speidy.  Suamiku sangat sayangkan kucing, setiap kali kami datang ke rumah kakakku dua ekor kucing Siam ini akan memanggil suamiku dan mungkin mengadu kepada suamiku, suamiku pula suka melayan dan bercakap-cakap dengan suamiku sambil memberikan mereka makan yang dibeli khas untuk mereka.
Sepanjang hari suamiku melayan Si Baby dan Speidy.  Rupa-rupanya mereka berdua ini tak boleh bertemu asyek nak bergaduh saja.  Seekor di sana, seekor di sini sambil berbunyi marah antara satu sama lain.  Sambil memberi mereka makan suamiku bercakap, "jangan gaduh-gaduh tak elok... makan saja... jangan bising-bising".  Kedua-dua ekor kucing ini sangat memahami sambil makan daripada mangkuk masing-masing sambil bersunggut-sunggut dengan bahasa mereka.  Selepas makan mereka beredar atau berlegar-legar di kawasan rumah. 

Dalam pada berlegar-legar itu, Si Speidy ni duduk sambil memandang ke arah suamiku dengan air muka yang sedih.  Manakala Si Baby pula... cheh lagaknya seperti tuan rumah... keluar masuk dalam rumah.  Tapi kami hairan mengapa Si Speidy tidak masuk ke rumah.  Ada satu ketika bila Si Speidy berdiri di hadapan pintu, Si Baby mengejarnya maka mencanak-canaklah Si Speidy melarikan diri sambil menyorok di bawah kereta arwah abang iparku sambil matanya liar memerhatikan kalau Si Baby datang menyerangnya.

Nak dijadikan cerita pada suatu hari, hujan lebat semasa aku dan suamiku sampai di rumah kakakku, Si Speidy ni basah kena hujan.  Suamiku mengangkat dia dan mengelap badannya terus membawanya masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.  Apabila diletakkan di atas lantai, Si Speidy bersunggut, agaknya katanya Nak keluar... nak keluar... nanti Baby kejar dan dia akan marah kenapa masuk rumah dan siapa benarkan?.   Suamiku ketawa melihat gelagat Si Speidy, dengan rasa belas dia membuka pintu maka  Si Speidy pun mencanak keluar dan menyorok di celah kerusi rehat di luar.   Kami ketawa dan berfikir pandai juga Si Baby memainkan peranannya seolah-olah dialah TAIKO dalam rumah itu, dan tidak ada sesiapa boleh melawan arahannya.  Mungkin Si Baby tidak mahu ada kucing lain yang sedap-sedap tidur atas katil kakakku dalam bilik dengan suasana yang dingin daripada penghawa dingin.

Aku dan suamiku masih ingin membela nasib Si Speidy supaya boleh masuk ke dalam rumah, tetapi Si Sspeidy ni akur dan patuh tidak berani masuk hingga bila tak tahulah.....  Kucing-kucing ini sangat baik dan dia tidak akan melepaskan bahan-bahan buangan mereka di dalam rumah, mereka lakukan di luar rumah tetapi tidak juga merata-rata, mungkin di tepi jalan....  Kadang-kadang ada sedara mara yang biasa datang bila lihat mereka berdua, mereka akan mengatakan bahawa kucing-kucing ini suka melakukan perkara itu di dalam rumah... Aku dan suami tetap mempertahankan bahawa mereka adalah kucing yang baik dan jinak.  Memanglah jinak, kalau suamiku baring di atas lantai sambil menonton TV, Baby akan naik atas dada dan duduk atau tidur dengan lenanya, sampaikan suamiku tak boleh bangun kesian nak mengejutkannya.

Begitulah ceritanya.......

No comments:

Post a Comment