Sepanjang perkhidmatan saya, saya telah bertukar-tukar bahagian dan hampir kesemua bahagian di jabatan saya bertugas, alah biasalah sebagai seorang Pentadbir kenalah bertukar-tukar di bahagian yang lain. Setakat perkhidmatan saya selama 37 tahun saya telah bertugas hampir di semua bahagian dan di saat akhir perkhidmatan telah bertukar untuk round kedua.
Sepanjang kisah ini ada kisah di Bahagian Kewangan yang amat mencuit hati saya. Kisahnya rakan saya ni bernama Ridzuan Ismail, beliau ini orang muda dan memulakan karier di jabatan saya sebagai Pembantu Tadbir. Satu hari pada hari Jumaat, di mana waktu rehat yang panjanglah katakan... seperti biasa kami yang wanita kalau tak window shoping, duduk-duduk menjahit baju kurung atau membaca atau berbual-bual. Maka waktu rehat pun habis dan kami pun memulakan tugas di sebelah petangnya. Dalam pada itu unit kami didatangi oleh pelanggan yang ingin mengambil cek bayaran mereka tetapi urusan bayaran tersekat kerana penulis cek tidak ada. Semua staf mencari penulis cek tetapi tidak kelihatan, orangnya tak lain tak bukan Sdr Ridzuan yang saya perkenalkan tadilah. Kami pun lintang pukang berikhtiar untuk membuka laci meja beliau kerana buku cek disimpan dalam laci. Akhirnya kami berjaya dan menguruskan bayaran seperti biasa.
Dalam pada kecoh-kecoh tu tiba-tiba Ridzuan pun timbul dan ketika dia melangkah masuk semua orang menjerit ke arah beliau. Beliau terperanjat dan tercengang, Penyelia saya kalau tak silap Puan Latifah masa tu memanggil beliau dan bertanya mengapa lambat masuk pejabat dan menerangkan masalah yang kami hadapi semasa ketiadaan beliau yang mana beliaulah yang sepatutnya orang yang menulis cek tersebut. Kami dari luar memandang ke dalam bilik Puan Latifah nak lihat apa yang akan terjadi kepada Ridzuan dan tertanya-tanya mengapa beliau lewat masuk. Selepas beberapa lama, kami lihat Puan Latifah ketawa. Selepas itu Ridzuan dipanggil pula oleh Ketua Bahagian kerana ketidakhadirannya menjadikan unit bayaran huru-hara.
Selepas perjumpaan dengan Ketua Bahagian, Ridzuan keluar dan bercerita kepada Kerani Kanan mengapa beliau lewat masuk pejabat. Ceritanya beliau tidak pergi sembahyang tetapi pergi menonton wayang di panggung Collisuem di Jalan Tuanku Abdul Rahman cerita Hindustan. Pada mulanya katanya beliau bertekat akan keluar pukul 2.00 petang, tetapi jalan cerita yang menarik (hai cerita hindustan ken.. tau-taulah) dia leka dan seronok terus menonton tanpa menyedari masa yang beliau hadkan telah berlalu. Sedar-sedar je cerita dah nak habis dan apabila melihat jam tangan sudah pukul 4.00 petang, ha.. sudah.. alamat banyaklah yang akan melenting katanya, tapi nak buat macam mana ya? Cerita dah habis, maka beliau pun terus ke pejabat dan sesampai je di pejabat semua rakan-rakan memerhatikan dia masuk. Ketua Bahagian tak jadi nak marah kerana Ridzuan bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita dan beliau memaafkan dengan mengingatkan supaya tidak melakukan perkara yang sama di masa-masa akan datang.
Sdr Ridzuan sekarang telah pun menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan saya dan telah ditugaskan di beberapa-berapa bahagian. Saya ketawa sendirian bila teringatkan sikap dan tingkah laku beliau yang selamberland - kata orang muda sekarang. Tahniah kepada Ridzuan yang telah membina kerjaya setingkat demi setingkat.
KELAS TARIAN SATU MALAYSIA DAN SUKAN ANTARA RUMAH
Kelas ini akan diadakan dan dianjurkan oleh Biro Sukan Puspanita dalam masa terdekat. Pihak kami telah bersetuju untuk joint venture dengan Badan Keluarga dan aku telah pun menghubungi Pengerusi Sukan Badan Keluarga dan pada dasarnya beliau bersetuju untuk adakan joint venture dan beliau akan memaklumkan kepada Pengerusi.
Pada Bulan Disember 2011 yang lalu Badan Keluarga telah mengadakan Pertandingan Sukan Antara Rumah. Maka ramailah ahli-ahlinya yang menjunjukkan bakat-bakat terpendam dalam bidang sukan. Sukan terdiri daripada sukan teras dan sukan dalam. Selain daripada sukan dalaman congkak, karom, baru seremban diperkenalkan juga sukan galah panjang. Bercerita tentang galah panjang, semasa kecil dulu saya memang menggemari sukan ini dan dengan tenaga muda tentulah hebat dan menggembirakan.
Berbalik kepada cerita pertandingan sukan itu tadi, maka pemain-pemainnya terdiri daripada ahli-ahli Badan Keluar daripada Ketua Pengarah hinggalah kepada Pengawal Keselamatan.
Kalau dulu semasa Ketua Pengarah pertama Tun Syed Nasir Ismail berlakun drama Tamu Di Bukit Kenney (kalau tak silap saya) tetapi Dato' Termuzi Abd. Aziz menunjuk bakat beliau dengan menguasai pertandingan ping-pong bagi pasukannya Rumah Ungu. Bila beliau turun padang maka Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah pun terpaksa juga menunjukkan bakat kesukanan mereka bermain karom, ping-pong, badminton, bola jaring lelaki. Seronok juga melihat mereka bersukan maklumlah mereka tak pernah turun bersukan dengan anak-anak buah di hari-hari biasa... mereka turun padang pada hari-hari luar biasa saja. Bermacam-macam aksi yang dapat kita lihat semasa mereka menyertai sukan ini. Mereka menunjukkan keakraban dengan kakitangan lain yang menjadi pasukan mereka. Hari perasmian dan hari penutup sangat meriah (cuma mereka tidak menyertai dikir barat je), kalau mereka sertai juga pun seronok, bayangkan Ketua Pengarah menyanyi dikir barat dengan gerak tari yang cepat.... echeh...cheh... mencabar nampak... usik je KP jangan marah nanti kena jual.
Walaupun sukan telah berlalu tetapi saya sebagai ahli pasukan johan keseluruhan iaitu rumah hijau, belum mengadakan acara pasukan untuk menyerahkan hadiah yang dimenangi bagi ahli pasukan yang mengambil bahagian. Acara yang saya sertai badminton, dan ping pong.. ha.. ada juga, maklumlah sukan yang saya suka dan boleh sertai memandangkan usia yang begini, dek kerana semangat bersukan berkobar-kobar sertai juga dengan meriah di samping rakan-rakan muda yang bertenaga. Saya dan rakan-rakan seusia atau 'otai' (panggilan orang muda, generasi Y) sangat bertenaga dan berbangga kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan sedaya upaya untuk menjaga kesihatan agar tidak menyusahkan anak-anak.

SELAMAT TAHUN BARU
Selamat Menyambut Tahun 2012.... Semoga anda dan saya juga melaksanakan azam masing-masing.
Tahun 2012 sangat bermakna kepada semua kakitangan kerajaan kerana mendapat skim gaji baru dan penambahan umur persaraan daripada 58 tahun ke 60 tahun. Tahun ini semua kakitangan kerajaan senyum sampai ke telinga menerima kenaikan gaji baru... Saya pun rasa bersyukur mendapat kenaikan ini... Insyallah sekiranya ekonomi negara kita meningkat dan juga kestabilan politik di negara kita, kita akan merasa lebih aman, damai dan selesa tidak seperti negara-negara lain yang sering bergolak.... Syukur alhamdulillah kerana saya dilahirkan sebagai anak Melayu dan anak Malaysia. Ya allah ya tuhanku... aman damaikanlah negaraku supaya dapat kami mengecapi kehidupan yang sempurna hingga ke anak cucu, cicit, piut, miut.... Marilah kita sama-sama berdoa supaya keamanan dan kedamaian dapat dinikmati dan kecapi hingga akhir hayat.

Subscribe to:
Comments (Atom)