Hari ini 13 Julai 2011 seperti biasa aku bangun pagi bersiap-siap untuk ke pejabat. Entah mengapa suamiku menyediakan bekalan kuah kurma untuk dibawa ke pejabat. Aku suka juga sebab bila dia masak masakannya sedap, aku sendiri masak pun tak sesedap masakan dia, sebab ahli-ahli keluarga suamiku hinggalah ke sepupu sepapatnya semuanya pakar memasak. Tidak hairanlah anak lelakiku pun berminat untuk menjadi Chef dan dia sedang belajar di PTPL Shah Alam bidang Kulinari Arts.
Berbalik kepada kisah tadi, setelah memasukkan bekal ke dalam beg, aku pun terus ke pejabat dengan dihantar oleh suamiku. Sampai je aku di pejabat, Fairus atau Pai (panggilan manja di bahagian) terus mengucapkan Selamat Hari Lahir). Berkali-kali dia mengucapkannya dan aku sangat teruja dan rakan-rakan yang lain pun terkejut kerana tiba-tiba Pai memberikan ucapan itu. Oklah...
Pagi tu Bahagian kami ada bengkel di Makmal Bahasa, bila pukul 10.00 pagi, Norhafizah menelefon minta kami turun minum bersama... Aku dan Ayu pun turun kerana tinggal kami berdua je. Semasa aku masuk ke bilik Makmal, sekali lagi ucapan Selamat Hari Jadi oleh si Pai.... Maka semuanya mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan bos aku pun sama mengucapkan sambil Linda dan lain-lain menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, teruja lagi...Fuh... seganlah pulak maklumlah dan senja-senja seperti anak-anak kecil pulak menerima ucapan demi ucapan.
Tengah hari seperti biasa aku pun makan bekalan yang dibekalkan oleh suamiku bersama rakan di Bahagian Penyelidikan Bahasa sambil berbual-bual. Pukul 3 aku dikejutkan lagi oleh Bos kerana beliau pergi membelikan dua biji kek harilahir untukku. Alah... malu pulak rasanya dan aku terkejut juga. Sejak aku bertugas di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi ni, dua kali aku terkejut.... mula-mula dulu dengan Puan Ratna... sekarang dengan Dr. Fadilah pulak.... aduh... segan pulak rasanya. Setelah doa dibacakan oleh anakanda Ustaz Azman, aku pun memotong kek dan mengedarkan kepada semua staf yang ada yang sama-sama meraikan hari lahir ku.
TERIMA KASIH DAUN KELADI DR. FADILAH (teruamanya kerana membelikan kek). Terima kasih juga dengan rakan-rakan di Bahagian kerana meraikannya bersama.
No comments:
Post a Comment