Ada satu pagi, rakanku Rohani memaklumkan kepadaku bahawa beliau selalu ke Tasik Titiwangsa untuk senaman pagi, oleh itu beliau telah mendapatkan nombor telefon tenaga pengajar senaman berkenaan. Katanya mereka akan mengadakan satu bengkel senamrobik di Pusat Sukan, Kampung Pandan, KL. Setelah dimaklumkan aku pun menghubungi sesiapa ahli Puspanita yang ingin menyertai bengkel ini. Seramai 5 orang telah mendaftar, maka aku pun membuat surat memohon kelulusan Naib Ketua II Puspanita dan diluluskan.
Pada hari yang dijadualkan, kami pun pergilah.... Lebih kurang 20 orang telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Fuhh!! Semangatlah... tapi awal pagi aku selaku pengurus biro sukan telah dimaklumkan oleh 2 orang rakan yang tidak dapat hadir. Jadi, tak pe lah masih ada 3 orang lagi. Oleh itu bengkel pun dimulakan... nampaknya bengkel itu tidak ada bengkel, tetapi terus kepada praktikalnya. Daripada pukul 9.00 pagi hingga ke 5.30 petang, kami diajar oleh tenaga pengajar yang rata-rata orang muda belia... Tapi nak ketawa pulak, pelajarnya terdiri daripada mereka yang dah senja dan ada juga pelajar yang muda-muda lelaki dan perempuan sama-sama mengikutinya.
Aku dan rakanku mengikutinya dengan tekun tanpa ada rasa penat dan sebagainya. Amali yang diberikan terlalulah padat dan lagu-lagu yang berpatutan tetapi ternyata ada kerancakannya. Hai... biasalah bagi aku dan rakanku tak boleh dengar lagu terus nak menari, kaki tak boleh diam. Sebanyak 15 langkah yang telah diajar. Semasa waktu rehat, kami berehat dan makan tengah hari juga disediakan untuk peserta. Lepas sembahyang zohor aku mula rasa kakiku sakit dan tegang. Aku diketawakan oleh Rohani... geram jugak rasanya tapi terus juga berjalan perlahan-lahan.. Ha... inilah padahnya tak buat exercise yang ringan-ringan sebelum masuk kelas. Apabila sampai di tempat belajar, aku terdengar lagu yang rancak.... Fuh... tak duduk lagi terus masuk dan melangkah dengan seronoknya dan terlupa bahawa kaki tu sakit... Ai.. macam tak ingat dunia pulak...kah..kah..kah.....
Best join poco-poco club...
ReplyDelete