Sepanjang perkhidmatan saya, saya telah bertukar-tukar bahagian dan hampir kesemua bahagian di jabatan saya bertugas, alah biasalah sebagai seorang Pentadbir kenalah bertukar-tukar di bahagian yang lain. Setakat perkhidmatan saya selama 37 tahun saya telah bertugas hampir di semua bahagian dan di saat akhir perkhidmatan telah bertukar untuk round kedua.
Sepanjang kisah ini ada kisah di Bahagian Kewangan yang amat mencuit hati saya. Kisahnya rakan saya ni bernama Ridzuan Ismail, beliau ini orang muda dan memulakan karier di jabatan saya sebagai Pembantu Tadbir. Satu hari pada hari Jumaat, di mana waktu rehat yang panjanglah katakan... seperti biasa kami yang wanita kalau tak window shoping, duduk-duduk menjahit baju kurung atau membaca atau berbual-bual. Maka waktu rehat pun habis dan kami pun memulakan tugas di sebelah petangnya. Dalam pada itu unit kami didatangi oleh pelanggan yang ingin mengambil cek bayaran mereka tetapi urusan bayaran tersekat kerana penulis cek tidak ada. Semua staf mencari penulis cek tetapi tidak kelihatan, orangnya tak lain tak bukan Sdr Ridzuan yang saya perkenalkan tadilah. Kami pun lintang pukang berikhtiar untuk membuka laci meja beliau kerana buku cek disimpan dalam laci. Akhirnya kami berjaya dan menguruskan bayaran seperti biasa.
Dalam pada kecoh-kecoh tu tiba-tiba Ridzuan pun timbul dan ketika dia melangkah masuk semua orang menjerit ke arah beliau. Beliau terperanjat dan tercengang, Penyelia saya kalau tak silap Puan Latifah masa tu memanggil beliau dan bertanya mengapa lambat masuk pejabat dan menerangkan masalah yang kami hadapi semasa ketiadaan beliau yang mana beliaulah yang sepatutnya orang yang menulis cek tersebut. Kami dari luar memandang ke dalam bilik Puan Latifah nak lihat apa yang akan terjadi kepada Ridzuan dan tertanya-tanya mengapa beliau lewat masuk. Selepas beberapa lama, kami lihat Puan Latifah ketawa. Selepas itu Ridzuan dipanggil pula oleh Ketua Bahagian kerana ketidakhadirannya menjadikan unit bayaran huru-hara.
Selepas perjumpaan dengan Ketua Bahagian, Ridzuan keluar dan bercerita kepada Kerani Kanan mengapa beliau lewat masuk pejabat. Ceritanya beliau tidak pergi sembahyang tetapi pergi menonton wayang di panggung Collisuem di Jalan Tuanku Abdul Rahman cerita Hindustan. Pada mulanya katanya beliau bertekat akan keluar pukul 2.00 petang, tetapi jalan cerita yang menarik (hai cerita hindustan ken.. tau-taulah) dia leka dan seronok terus menonton tanpa menyedari masa yang beliau hadkan telah berlalu. Sedar-sedar je cerita dah nak habis dan apabila melihat jam tangan sudah pukul 4.00 petang, ha.. sudah.. alamat banyaklah yang akan melenting katanya, tapi nak buat macam mana ya? Cerita dah habis, maka beliau pun terus ke pejabat dan sesampai je di pejabat semua rakan-rakan memerhatikan dia masuk. Ketua Bahagian tak jadi nak marah kerana Ridzuan bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita dan beliau memaafkan dengan mengingatkan supaya tidak melakukan perkara yang sama di masa-masa akan datang.
Sdr Ridzuan sekarang telah pun menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan saya dan telah ditugaskan di beberapa-berapa bahagian. Saya ketawa sendirian bila teringatkan sikap dan tingkah laku beliau yang selamberland - kata orang muda sekarang. Tahniah kepada Ridzuan yang telah membina kerjaya setingkat demi setingkat.
KELAS TARIAN SATU MALAYSIA DAN SUKAN ANTARA RUMAH
Kelas ini akan diadakan dan dianjurkan oleh Biro Sukan Puspanita dalam masa terdekat. Pihak kami telah bersetuju untuk joint venture dengan Badan Keluarga dan aku telah pun menghubungi Pengerusi Sukan Badan Keluarga dan pada dasarnya beliau bersetuju untuk adakan joint venture dan beliau akan memaklumkan kepada Pengerusi.
Pada Bulan Disember 2011 yang lalu Badan Keluarga telah mengadakan Pertandingan Sukan Antara Rumah. Maka ramailah ahli-ahlinya yang menjunjukkan bakat-bakat terpendam dalam bidang sukan. Sukan terdiri daripada sukan teras dan sukan dalam. Selain daripada sukan dalaman congkak, karom, baru seremban diperkenalkan juga sukan galah panjang. Bercerita tentang galah panjang, semasa kecil dulu saya memang menggemari sukan ini dan dengan tenaga muda tentulah hebat dan menggembirakan.
Berbalik kepada cerita pertandingan sukan itu tadi, maka pemain-pemainnya terdiri daripada ahli-ahli Badan Keluar daripada Ketua Pengarah hinggalah kepada Pengawal Keselamatan.
Kalau dulu semasa Ketua Pengarah pertama Tun Syed Nasir Ismail berlakun drama Tamu Di Bukit Kenney (kalau tak silap saya) tetapi Dato' Termuzi Abd. Aziz menunjuk bakat beliau dengan menguasai pertandingan ping-pong bagi pasukannya Rumah Ungu. Bila beliau turun padang maka Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah pun terpaksa juga menunjukkan bakat kesukanan mereka bermain karom, ping-pong, badminton, bola jaring lelaki. Seronok juga melihat mereka bersukan maklumlah mereka tak pernah turun bersukan dengan anak-anak buah di hari-hari biasa... mereka turun padang pada hari-hari luar biasa saja. Bermacam-macam aksi yang dapat kita lihat semasa mereka menyertai sukan ini. Mereka menunjukkan keakraban dengan kakitangan lain yang menjadi pasukan mereka. Hari perasmian dan hari penutup sangat meriah (cuma mereka tidak menyertai dikir barat je), kalau mereka sertai juga pun seronok, bayangkan Ketua Pengarah menyanyi dikir barat dengan gerak tari yang cepat.... echeh...cheh... mencabar nampak... usik je KP jangan marah nanti kena jual.
Walaupun sukan telah berlalu tetapi saya sebagai ahli pasukan johan keseluruhan iaitu rumah hijau, belum mengadakan acara pasukan untuk menyerahkan hadiah yang dimenangi bagi ahli pasukan yang mengambil bahagian. Acara yang saya sertai badminton, dan ping pong.. ha.. ada juga, maklumlah sukan yang saya suka dan boleh sertai memandangkan usia yang begini, dek kerana semangat bersukan berkobar-kobar sertai juga dengan meriah di samping rakan-rakan muda yang bertenaga. Saya dan rakan-rakan seusia atau 'otai' (panggilan orang muda, generasi Y) sangat bertenaga dan berbangga kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan sedaya upaya untuk menjaga kesihatan agar tidak menyusahkan anak-anak.

SELAMAT TAHUN BARU
Selamat Menyambut Tahun 2012.... Semoga anda dan saya juga melaksanakan azam masing-masing.
Tahun 2012 sangat bermakna kepada semua kakitangan kerajaan kerana mendapat skim gaji baru dan penambahan umur persaraan daripada 58 tahun ke 60 tahun. Tahun ini semua kakitangan kerajaan senyum sampai ke telinga menerima kenaikan gaji baru... Saya pun rasa bersyukur mendapat kenaikan ini... Insyallah sekiranya ekonomi negara kita meningkat dan juga kestabilan politik di negara kita, kita akan merasa lebih aman, damai dan selesa tidak seperti negara-negara lain yang sering bergolak.... Syukur alhamdulillah kerana saya dilahirkan sebagai anak Melayu dan anak Malaysia. Ya allah ya tuhanku... aman damaikanlah negaraku supaya dapat kami mengecapi kehidupan yang sempurna hingga ke anak cucu, cicit, piut, miut.... Marilah kita sama-sama berdoa supaya keamanan dan kedamaian dapat dinikmati dan kecapi hingga akhir hayat.

KELAS AEROBIK DAN POCO-POCO
Ada satu pagi, rakanku Rohani memaklumkan kepadaku bahawa beliau selalu ke Tasik Titiwangsa untuk senaman pagi, oleh itu beliau telah mendapatkan nombor telefon tenaga pengajar senaman berkenaan. Katanya mereka akan mengadakan satu bengkel senamrobik di Pusat Sukan, Kampung Pandan, KL. Setelah dimaklumkan aku pun menghubungi sesiapa ahli Puspanita yang ingin menyertai bengkel ini. Seramai 5 orang telah mendaftar, maka aku pun membuat surat memohon kelulusan Naib Ketua II Puspanita dan diluluskan.
Pada hari yang dijadualkan, kami pun pergilah.... Lebih kurang 20 orang telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Fuhh!! Semangatlah... tapi awal pagi aku selaku pengurus biro sukan telah dimaklumkan oleh 2 orang rakan yang tidak dapat hadir. Jadi, tak pe lah masih ada 3 orang lagi. Oleh itu bengkel pun dimulakan... nampaknya bengkel itu tidak ada bengkel, tetapi terus kepada praktikalnya. Daripada pukul 9.00 pagi hingga ke 5.30 petang, kami diajar oleh tenaga pengajar yang rata-rata orang muda belia... Tapi nak ketawa pulak, pelajarnya terdiri daripada mereka yang dah senja dan ada juga pelajar yang muda-muda lelaki dan perempuan sama-sama mengikutinya.
Aku dan rakanku mengikutinya dengan tekun tanpa ada rasa penat dan sebagainya. Amali yang diberikan terlalulah padat dan lagu-lagu yang berpatutan tetapi ternyata ada kerancakannya. Hai... biasalah bagi aku dan rakanku tak boleh dengar lagu terus nak menari, kaki tak boleh diam. Sebanyak 15 langkah yang telah diajar. Semasa waktu rehat, kami berehat dan makan tengah hari juga disediakan untuk peserta. Lepas sembahyang zohor aku mula rasa kakiku sakit dan tegang. Aku diketawakan oleh Rohani... geram jugak rasanya tapi terus juga berjalan perlahan-lahan.. Ha... inilah padahnya tak buat exercise yang ringan-ringan sebelum masuk kelas. Apabila sampai di tempat belajar, aku terdengar lagu yang rancak.... Fuh... tak duduk lagi terus masuk dan melangkah dengan seronoknya dan terlupa bahawa kaki tu sakit... Ai.. macam tak ingat dunia pulak...kah..kah..kah.....

BESDAYKU
Hari ini 13 Julai 2011 seperti biasa aku bangun pagi bersiap-siap untuk ke pejabat. Entah mengapa suamiku menyediakan bekalan kuah kurma untuk dibawa ke pejabat. Aku suka juga sebab bila dia masak masakannya sedap, aku sendiri masak pun tak sesedap masakan dia, sebab ahli-ahli keluarga suamiku hinggalah ke sepupu sepapatnya semuanya pakar memasak. Tidak hairanlah anak lelakiku pun berminat untuk menjadi Chef dan dia sedang belajar di PTPL Shah Alam bidang Kulinari Arts.
Berbalik kepada kisah tadi, setelah memasukkan bekal ke dalam beg, aku pun terus ke pejabat dengan dihantar oleh suamiku. Sampai je aku di pejabat, Fairus atau Pai (panggilan manja di bahagian) terus mengucapkan Selamat Hari Lahir). Berkali-kali dia mengucapkannya dan aku sangat teruja dan rakan-rakan yang lain pun terkejut kerana tiba-tiba Pai memberikan ucapan itu. Oklah...
Pagi tu Bahagian kami ada bengkel di Makmal Bahasa, bila pukul 10.00 pagi, Norhafizah menelefon minta kami turun minum bersama... Aku dan Ayu pun turun kerana tinggal kami berdua je. Semasa aku masuk ke bilik Makmal, sekali lagi ucapan Selamat Hari Jadi oleh si Pai.... Maka semuanya mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan bos aku pun sama mengucapkan sambil Linda dan lain-lain menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, teruja lagi...Fuh... seganlah pulak maklumlah dan senja-senja seperti anak-anak kecil pulak menerima ucapan demi ucapan.
Tengah hari seperti biasa aku pun makan bekalan yang dibekalkan oleh suamiku bersama rakan di Bahagian Penyelidikan Bahasa sambil berbual-bual. Pukul 3 aku dikejutkan lagi oleh Bos kerana beliau pergi membelikan dua biji kek harilahir untukku. Alah... malu pulak rasanya dan aku terkejut juga. Sejak aku bertugas di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi ni, dua kali aku terkejut.... mula-mula dulu dengan Puan Ratna... sekarang dengan Dr. Fadilah pulak.... aduh... segan pulak rasanya. Setelah doa dibacakan oleh anakanda Ustaz Azman, aku pun memotong kek dan mengedarkan kepada semua staf yang ada yang sama-sama meraikan hari lahir ku.
TERIMA KASIH DAUN KELADI DR. FADILAH (teruamanya kerana membelikan kek). Terima kasih juga dengan rakan-rakan di Bahagian kerana meraikannya bersama.
PENGERUSI SUKAN
Fuhh... pada 13=21 Jun 2011 aku sebagai Pengerusi Biro Sukan Puspanita di tempat kerjaku mula menganjurkan Kejohanan Sukan Dalaman Antara Jabatan bagi tahun 2011. Aduh... rasanya macam nak demam bila kena pikul tugas ini. Masa muda-muda dulu memanglah aku aktiviti dalam sukan, bola jaring, badminton, ping ping dan juga kebudayaan apa lagi tarianlah... Aku memang suka bergaya tapi taklah melebihi batas. Dalam urusan sukan ini aku berbangga mempunyai rakan-rakan yang mahir dalam bidang masing-masing. Aku sebagai Pengerusi melantik mereka yang pakar dan menyerahkan serta memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengelolakan sukan Karom, Dart, Congkak, Batu Seremban,. Dam Ular (he..he.. macam budak kecil pulak main dam ular). Itulah sukan yang diminati oleh ahli puspanita yang tidak suka sukan padang.
Minggu ini barulah aku dapat mengumpulkan semua AJK, Penyelaras untuk memulakan program ini dan aku berterima kasih juga pada Setiausaha kami Che Chah, Bendahari, Ani yang mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan acara-acara seperti ini. Di samping itu aku juga memohon bantuan daripada AJK Sukan Badan Keluarga untuk sama-sama menyelaraskan acara ini. Aku sangat bangga dengan rakan-rakan yang memberi kerjasama yang tidak jemu-jemu. Hai ... aku ni dah senja baru nak belajar menguruskan acara seperti ini, tapi tak apa aku rasa seronok pula kerana sokongan rakan-rakan yang berpengalaman. Keputusan telah dipamerkan di papan kenyataan, selama dua tiga hari je... tiba-tiba aku tak nampak lagi keputusan tu dipamerkan adaknya Bhg. Ptd. Am dah turunkan, tapi tak apalah penyampaian hadiah akan dibuat sempena sambutan Majlis Anugerah Siti Khadijah yang akan diadakan penghujung bulan Julai 2011 nanti. Oleh itu kepada pemenang-pemenang....... tunggu!!!!......
Selepas acara sukan ni aku dah rancang nak buat pertandingan memancing pulak... Baru cerita-cerita dah ramai yang nak ikut serta.... Ha... tak sangka pulak ada sambutan. Tapi walau bagaimanapun acara ini harus diluluskan dulu oleh Naib Ketua Puspanita kami kerana bila lulus je... ha... ongkosnya bolehlah digunakan untuk menjalankan pertandingan ini

KELAS MEMBUAT PERHIASAN WANITA
Pada 18-19 dan 25 Jun aku telah mendaftar dalam Kelas Membuat Perhiasan Wanita oleh Kolej Komuniti Selayang dalam skim Pembelaran Sepanjang Hayat. Aku join kelas ni sebab memang berminat dengan aksoseri wanita. Dek kerna harga aksoseri ini sangat mahal, maka aku mendapat peluang untuk mempelajari bagaimana nak membuatnya di Kolej Komuniti Selayang.
Masa nak mula belajar tu, fuhhh... tak boleh tidur dibuatnya maklumlah nak belajar buat gelang, rantai, anting-anting, kerosang dan lain-lain lagi sekiranya kita kreatif. Selagi tak sampai tarikh yang ditetapkan aku dok sengih sepanjang masa, oii bukan main minatnya. Sebelum ni aku dah belajar bagaimana nak buat blog, cupcakes, kursus kesempurnaan solat dan yang ini adalah ke empat dan seterusnya... Aku maklumkan pada rakan-rakan Mohaini, Alijah nak belajar buat Fondant Icing tak... Mohaini sangat teruja untuk belajar, dia mengajak aku turut serta tetapi aku dah mendaftar di kelas membuat aksesori wanita. Aku cadangkan dia pergi dengan Alijah kerana Alijah sangat-sangat berminat dengan fondant ising ni.
Hari yang dinanti-nanti dah tiba, aku dihantar oleh suami hingga depan tangga. Aku mendaftar dan terus masuk kelas. Masuk je kelas kat atas meja ada bahan-bahan untuk membuat perhiasan. Amboi hati tu rasa tak sabar-sabar nak belajar. Maka sampailah masanya cikgu pun masuk, cikgu pun memperkenalkan dirinya, dan selepas sesi berkenalan dengan cikgu kami pun memulakan kelas dengan membuat anting-anting yang simple, pas tu buat gelang, dan kami belajar dengan sabar dan tekun. Aku tersangatlah minat dengan kerja-kerja sebegitu maka aku tumpukan perhatian sepenuhnya walaupun kadangkala mata tak nampak nak mencocok lubang manik kristal. Agaknya dek kerana terkial-kial nak memasukkan manik-manik, member sebelah dengan rela nak bantu tapi aku kata tak apa masih boleh membuatnya walaupun terkial-kial. Bukan apa... nak rasa bagaimana susah atau senangnya membuat barang-barang perhiasan.
Peralatan yang kami gunakan seperti 'flyer', 'flyer long nose' dan 'cutter'. Setiap peralatan ada kala digunakan serentak dan ada kalanya tidak. Kami dipamerkan dengan hasil kerja tangan yang cikgu bawa untuk dijadikan contoh dan membuatkan kami terbeliak bijik mata melihat barang-barang perhiasan yang mengelip-gelip tu.
Di hari akhir, kami akan diajar bagaimana nak membuat gelang jam. Melihat contoh yang dipamerkan oleh cikgu teruja juga nak mencuba membuatnya rasa tak sabar-sabar lagi. Tetapi hari terakhir aku tak dapat hadir kerana ada urusan lain yang lebih mustahak. Cikgu berjanji akan mengajar aku di hari lain tetapi masih tertangguh kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan kerja. Dalam masa belajar tu ramai juga dapat rakan-rakan baru 'face book' maka kami pun berhubung antara satu sama lain walaupun tidak berjumpa lagi, mungkin di lain sesi akan bertemu semula maklumlah bermacam-macam yang nak aku belajar, minatlah katakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)