Pages, 2010, 2011, 2012

FEBRUARI OH FEBRUARI

Tahun ini aku dikejutkan dengan pelawaan kakakku untuk membawa aku dan beberapa orang kakakku yang lain, anak-anak saudara, cucu-cucunya, anak angkat kakakku dan ibunya dan juga pembantu khas dan anaknya serta pembantu rumahnya untuk melawat KOREA SELATAN.  Wah!  Bukan main sukanya aku sampai berangan-angan dan terbayang-bayang bagaimanakah agaknya SEOUL tu.  Tapi!... Aku tertanya-tanya juga, kenapa yek? Akakku nak bawa kami-kami ni melawat musim sejuk (tapi dah nak penghujung)....  Ha.. itu menjadi tanda tanya oleh kami semua yang telah dinamakan untuk ikut serta.  Kami semua diminta untuk menyediakan pasport sendiri (kalau pasport dah tamat tempoh le... macam aku).  Sebelum bertolak aku seperti biasa kenalah membuat permohonan keluar negara melalui jabatan, maka adalah segelintir rakan-rakanku yang tahu akan perjalanan ku itu.  Dalam pada menunggu tempoh perjalanan, aku pun membuat 'reserch' dalam laman web, cuaca (terutamanya) kedudukan negara itu dalam peta dunia dan juga serba sedikit tentang bahasanya.

Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba, kami pun bertolak awal pukul 4.00 petang telah menuju ke LCCT kerana kami menaiki Air Asia.  Kami tiba awal, maka menunggulah yang lain-lainnya tapi kakakku bengang juga yang lain-lain tu rumahnya sebelah LCCT tapi lambat sampai.  Hai dok mengomellah dia, tapi kami yang ada bersamanya diam aja dan masih menunjukkan muka gembira, maklum aja nak ke melawat KOREA tempat KPOP kata anak lelakiku yang sangat minat dengan fesyen KOREA sehinggakan pakaian, rambut, kasut bag semuanya mengikut style KPOP.  Masa yang dinanti pun tiba, kami pun menaiki kapal terbang dan terus menuju ke SEOUL.  Sesampai di SEOUL pukul 5.00 pagi tapi agensi yang membawa kami tu belum tiba maka kami pun menunggu lagi.


Daripada lapangan terbang, kami dibawa menikmati sarapan pagi.  Mulanya aku ingat tentu makanan yang lain dari yang ada di Key El (KL) tapi jangkaanku tu meleset... Apa yang dihidangkan ialah mee maggie (ai sampai Korea Maggie dapat nama) dan noodle buatan mereka.  Air... ai air sejuk giler pulak diberinya.... oh.. ye kopi teh mahal kat sana.  Pas tu kan.. kami dibawa ke Nami Island (nama sempena nama seorang pegawai tentera yang berkaliber dan disegani).  Di Nami Island kami di bawa melalui jalan-jalan yang dijadikan lokasi cerita Winter Sonata iaitu dua deretan pokok yang tinggi dan di lokasi itulah hero dan heroin berjalan, berlari sambil memadu asmara dana cinta setia mereka.  Fuh!!.. aku pun sama mengambil gambar di sebuah 'landmark' batu gambar hero dan heroin drama itu.  Akak aku Yan pun sama-sama berposing dekat gambar mereka.  Wah.. dah tentu satu kampung tahu tu sebab dia kata nak beritahu orang kampung.....He..he..he..

Keesokan harinya kami melawat ke Seoul Tower... Nak naik ke atas kena naik kereta kabel.  Pemandu pelancung kami Steven tu bawa kami menunggu pintu jual tiket lepas subuh sepeie....  katanya kalau tak ramai orang susah nak beli tiket.. alah alasan je, bila kami berada di situ memang beraturlah tepi taklah seramai orang nak tengok konsert... gempak je si Steven tu.

Cucu saudaraku tu Muhammad Faris dah mula berbahasa KOREA, wah pandai sungguh dia dengan tidak segan silu dia mengucapkan "Hanyeng Sayo!" kepada sesiapa saja yang melintas. Seoul Tower dia mengucapkan perkataan itu, dan dia mendapat 3,000 won daripada seorang tua (atuk kata Ayis)  yang datang berkunjung di menara tersebut.  Kami rasa terharu pula dibuatnya, mungkin Atuk tu suka tengok Ayis yang muka sepesen dengannya dan peramah pulak tu...

Selepas ke Seoul Tower kami dibawa melawat perkampungan contoh (model bangunan)dulu-dulu di tengah-tengah bandar Seoul.  Amboi luasnya berekar-ekar dah tu kena jalan kaki pula masuk ke perkampungan itu, begitu juga ke Muzium Antik mereka berekar-ekar luasnya.  Kami berjalan mengikut tunjuk arah yang disediakan dan di belakang kawawan itulah bas-bas pelancong menunggu jadi kami perlu menghabiskan lawatan ke tempat-tempat seperti istana lama  hingga ke bahagian belakang.  Steven menerangkan satu persatu tentang rumah-rumah yang dilawati.

Hari ketiga, kami dibawa ke tempat yang membuat makanan musim sejuk orang-orang Korea iaitu Kimchee (alah sayur kobis cina yang dilumur bersama bahan-bahan seperti udang kering, serbuk cili, perahan limau, dan lain-lain ramuan.  Selepas dilumurkan Kimchee di simpan di dalam balang atau tempayan dan diperam.  Menurut kata Steven, Kimchee dibuat dan disimpan di dalam tempayan dan ditanam (itu cara orang dulu-dulu yang tak ada peti sejuk).  Dalam zaman sekarang Kimchee dibungkus mengikut ciri-ciri moden dan boleh dimakan bila-bila masa tak payah tunggu musim sejuk baru nak makan.  Sambil melawat, kami diminta untuk melumurkan sayur kobis itu... maka semua yang pergi pun membuat tugas itu, tapi sambil membuat tu antara kami tertanya-tanya dan beranggapan bahawa kobis yang dilumur itu dihadiahkan kepada kami.  Alangkah melesetnya sangkaan kami.... malah kami ditanya kalau-kalau nak beli pulak!... Oii. mana ada percuma kat dunia ni, semuanya berbayar.
 Banyak tempat yang kami lawati termasuklah kilang Amethyst (batu permata berwarna biji kundang - purple tu).  Bila masuk kedainya (seperti kedai emas kat KL), hanya rombongan kami je... semua jurujual berebut-rebut mencuba menarik perhatian kami untuk membeli.... Kami yang datang ni senyum-senyum je... tak ada rancangan nak beli pun



SEKOLAH AGAMA PETANG

Malam Jumaat yang lalu kakakku menelefon aku meminta aku ke JB untuk mengambil seorang lagi kakakku kerana nak ke kenduri adik aku Zakiah dan keluarganya untuk menunaikan fardhu haji.  Maka aku dan suami pun pergilah ke JB awal pagi..... sampai di JB pukul 1.30 tengah hari dan selepas makan tengah hari di rumah kakakku Zainiah, kami pun balik ke KL - sampai KL pukul 7.00 malam. 
      Keesokan harinya kami pun berkonvoi balik kampungku Kg. Salak Tinggi, dekat KLIA tu... (bila kawan-kawanku bertanya mana kampungku, aku katakan KLIA ceh... eksenlah sikit...).  Kenduri pun dimulakan dengan bersembahyang zohor berjemaah dan diikuti dengan bacaan yassin.  Selepas habis acara semua tu kami pun mulalah menjamah makanan yang dihidang.  Dalam pada itu tetamu datang silih berganti untuk mengucapkan selamat jalan kepada adikku dan keluarganya sambil mereka juga menjamu selera yang dihidangkan.  Semua tetamu berbual-bual sama ada sesama sendiri dan juga tuan rumah.  Dalam pada itu, maka sampailah salah seorang sedaraku ni dengan suaminya yang juga jiran kami semasa kecil.  Kakakku Zainiah ni tinggal di JB, manakala suami sedaraku ini namanya Abang Nan, mereka pun bercerita kisah-kisah mereka kecil-kecil dulu.

Salah satu cerita mereka ialah di mana satu hari semasa bersekolah agama petang, selepas menghadiri sekolah agama seperti biasa pukul 5.00 petang kelas tamat, mereka ke masjid bersembahyang jemaah dengan ustaz.  Selepas sembahyang, sebahagian daripada budak-budak laki-laki ni pergi mandi di sungai yang bersebelahan dengan sekolah agama dan juga kedai kopi dan kedai runcit Pakcik Ali Basha.  Mereka pun bermandi-mandian sambil terjun dan berenang dengan riuh rendah bunyinya.

Dalam pada keriuhan itu, ayahku (Penghulu Kampungku ketika itu) pun lalu dengan kereta Moris Minornya M 5005 (ingat lagi nombor pendaftaran keretanya).  Apabila ayahku melihat ke kiri dalam perjalanan nak balik ke rumah, dia nampak ramai budak-budak laki-laki bergembira mandi sungai (ber........ bulat).  Beliau pun meletakkan keretanya di sebelah kedai Pakcik Ali Basha, lalu dengan perlahan menuju ke arah tepi sungai tempat budak-budak tu sedang mandi.  Dengan perlahan-lahan ayahku mengambil semua baju-baju yang bersepah di tepi sungai dan membawanya ke dalam kedai dan meletakkannya di atas meja.

Dalam pada itu hari sudahpun nak masuk waktu maghrib, ayahku menunggu dengan sabar.  Budak-budak laki-laki yang mandi manda tu pun sedar hari dah petang, maka mereka pun naik ke tebing mencari sesuatu tetapi tidak berjumpa.  Entah bagaimana adalah seorang pakcik yang melihat gelagat mereka itu sambil berteriak bahawa pakaian mereka ada di dalam kedai.  Dengan malu-malu mereka mematahkan daun keladi untuk menutup ..... sambil berjalan terkengkang-kengkang menuju ke dalam kedai.  Apabila terlihat saja ayahku mereka pun terkejut sambil menuju kepadanya dengan ketakutan.  Ayahku memanggil mereka seorang demi seorang untuk mengambil pakaian masing-masing sambil memegang rotan.  Sebaik sahaja mereka mengambil pakaian maka kenalah satu kali rotan di punggung.  Aduh!... sakitnya kata mereka.  Orang-orang kampung yang berada di dalam kedai pun tercengang-cengang tetapi tersenyum setelah mengetahui cerita sebenarnya.

Itulah ceritanya dan salah seorang daripada mereka yang kena rotan ialah abang Nan...He..he.. he..  nasib baik saya tak berada di situ, kerana saya selalu mengikut ayah saya ke mana sahaja dia pergi (sama ada melihat kawasan kampung, berjumpa orang kampung dan apa sahaja urusan kerjanya di sekitar kampung saya memang tidak pernah miss....).  Tetapi saya tidaklah menjadi wakil rakyat, hanya kakak saya sahaja yang pernah menjadi wakil rakyat dan menteri kabinet.  Walau bagaimanapun saya amat berbangga dengan keperihatinan ayah dengan tugasnya yang hanya sebagai Penghulu pada waktu itu (tahun 1960an).





KISAH-KISAH

Sepanjang perkhidmatan saya, saya telah bertukar-tukar bahagian dan hampir kesemua bahagian di jabatan saya bertugas, alah biasalah sebagai seorang Pentadbir kenalah bertukar-tukar di bahagian yang lain.  Setakat perkhidmatan saya selama 37 tahun saya telah bertugas hampir di semua bahagian dan di saat akhir perkhidmatan telah bertukar untuk round kedua.

Sepanjang kisah ini ada kisah di Bahagian Kewangan yang amat mencuit hati saya.  Kisahnya rakan saya ni bernama Ridzuan Ismail, beliau ini orang muda dan memulakan karier di jabatan saya sebagai Pembantu Tadbir.  Satu hari pada hari Jumaat, di mana waktu rehat yang panjanglah katakan... seperti biasa kami yang wanita kalau tak window shoping, duduk-duduk menjahit baju kurung atau membaca atau berbual-bual.  Maka waktu rehat pun habis dan kami pun memulakan tugas di sebelah petangnya.  Dalam pada itu unit kami didatangi oleh pelanggan yang ingin mengambil cek bayaran mereka tetapi urusan bayaran tersekat kerana penulis cek tidak ada.  Semua staf mencari penulis cek tetapi tidak kelihatan, orangnya tak lain tak bukan Sdr Ridzuan yang saya perkenalkan tadilah.  Kami pun lintang pukang berikhtiar untuk membuka laci meja beliau kerana buku cek disimpan dalam laci.  Akhirnya kami berjaya dan menguruskan bayaran seperti biasa.

Dalam pada kecoh-kecoh tu tiba-tiba Ridzuan pun timbul dan ketika dia melangkah masuk semua orang menjerit ke arah beliau.  Beliau terperanjat dan tercengang, Penyelia saya kalau tak silap Puan Latifah masa tu memanggil beliau dan bertanya mengapa lambat masuk pejabat dan menerangkan masalah yang kami hadapi semasa ketiadaan beliau yang mana beliaulah yang sepatutnya orang yang menulis cek tersebut.  Kami dari luar memandang ke dalam bilik Puan Latifah nak lihat apa yang akan terjadi kepada Ridzuan dan tertanya-tanya mengapa beliau lewat masuk.  Selepas beberapa lama, kami lihat Puan Latifah ketawa.  Selepas itu Ridzuan dipanggil pula oleh Ketua Bahagian kerana ketidakhadirannya menjadikan unit bayaran huru-hara.

Selepas perjumpaan dengan Ketua Bahagian, Ridzuan keluar dan bercerita kepada Kerani Kanan mengapa beliau  lewat masuk pejabat.  Ceritanya beliau tidak pergi sembahyang tetapi pergi menonton wayang di panggung Collisuem di Jalan Tuanku Abdul Rahman cerita Hindustan.  Pada mulanya katanya beliau bertekat akan keluar pukul 2.00 petang, tetapi jalan cerita yang menarik (hai cerita hindustan ken.. tau-taulah) dia leka dan seronok terus menonton tanpa menyedari masa yang beliau hadkan telah berlalu.  Sedar-sedar je cerita dah nak habis dan apabila melihat jam tangan sudah pukul 4.00 petang, ha.. sudah.. alamat banyaklah yang akan melenting katanya, tapi nak buat macam mana ya?  Cerita dah habis, maka beliau pun terus ke pejabat dan sesampai je di pejabat semua rakan-rakan memerhatikan dia masuk.  Ketua Bahagian tak jadi nak marah kerana Ridzuan bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita dan beliau memaafkan dengan mengingatkan supaya tidak melakukan perkara yang sama di masa-masa akan datang.

Sdr Ridzuan sekarang telah pun menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan saya dan telah ditugaskan di beberapa-berapa bahagian.  Saya ketawa sendirian bila teringatkan sikap dan tingkah laku beliau yang selamberland - kata orang muda sekarang.  Tahniah kepada Ridzuan yang telah membina kerjaya setingkat demi setingkat.

KELAS TARIAN SATU MALAYSIA DAN SUKAN ANTARA RUMAH

Kelas ini akan diadakan dan dianjurkan oleh Biro Sukan Puspanita dalam masa terdekat.  Pihak kami telah bersetuju untuk joint venture dengan Badan Keluarga dan aku telah pun menghubungi Pengerusi Sukan Badan Keluarga dan pada dasarnya beliau bersetuju untuk adakan joint venture dan beliau akan memaklumkan kepada Pengerusi.

Pada Bulan Disember 2011 yang lalu Badan Keluarga telah mengadakan Pertandingan Sukan Antara Rumah.  Maka ramailah ahli-ahlinya yang menjunjukkan bakat-bakat terpendam dalam bidang sukan.  Sukan terdiri daripada sukan teras dan sukan dalam.  Selain daripada sukan dalaman congkak, karom, baru seremban diperkenalkan juga sukan galah panjang.  Bercerita tentang galah panjang, semasa kecil dulu saya memang menggemari sukan ini dan dengan tenaga muda tentulah hebat dan menggembirakan.

Berbalik kepada cerita pertandingan sukan itu tadi, maka pemain-pemainnya terdiri daripada ahli-ahli Badan Keluar daripada Ketua Pengarah hinggalah kepada Pengawal Keselamatan. 

Kalau dulu semasa Ketua Pengarah pertama Tun Syed Nasir Ismail berlakun drama Tamu Di Bukit Kenney (kalau tak silap saya) tetapi Dato' Termuzi Abd. Aziz menunjuk bakat beliau dengan menguasai pertandingan ping-pong bagi pasukannya Rumah Ungu.  Bila beliau turun padang maka Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah pun terpaksa juga menunjukkan bakat kesukanan mereka bermain karom, ping-pong, badminton, bola jaring lelaki.  Seronok juga melihat mereka bersukan maklumlah mereka tak pernah turun bersukan dengan anak-anak buah di hari-hari biasa... mereka turun padang pada hari-hari luar biasa saja.  Bermacam-macam aksi yang dapat kita lihat semasa mereka menyertai sukan ini.  Mereka menunjukkan keakraban dengan kakitangan lain yang menjadi pasukan mereka.  Hari perasmian dan hari penutup sangat meriah (cuma mereka tidak menyertai dikir barat je),  kalau mereka sertai juga pun seronok, bayangkan Ketua Pengarah menyanyi dikir barat dengan gerak tari yang cepat.... echeh...cheh... mencabar nampak... usik je KP jangan marah nanti kena jual.

Walaupun sukan telah berlalu tetapi saya sebagai ahli pasukan johan keseluruhan iaitu rumah hijau, belum mengadakan acara pasukan untuk menyerahkan hadiah yang dimenangi bagi ahli pasukan yang mengambil bahagian.  Acara yang saya sertai badminton, dan ping pong.. ha.. ada juga, maklumlah sukan yang saya suka dan boleh sertai memandangkan usia yang begini, dek kerana semangat bersukan berkobar-kobar sertai juga dengan meriah di samping rakan-rakan muda yang bertenaga. Saya dan rakan-rakan seusia atau 'otai' (panggilan orang muda, generasi Y) sangat bertenaga dan berbangga kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan sedaya upaya untuk menjaga kesihatan agar tidak menyusahkan anak-anak.


SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Menyambut Tahun 2012.... Semoga anda dan saya juga melaksanakan azam masing-masing.
Tahun 2012 sangat bermakna kepada semua kakitangan kerajaan kerana mendapat skim gaji baru dan penambahan umur persaraan daripada 58 tahun ke 60 tahun.  Tahun ini semua kakitangan kerajaan senyum sampai ke telinga menerima kenaikan gaji baru... Saya pun rasa bersyukur mendapat kenaikan ini... Insyallah sekiranya ekonomi negara kita meningkat dan juga kestabilan politik di negara kita, kita akan merasa lebih aman, damai dan selesa tidak seperti negara-negara lain yang sering bergolak.... Syukur alhamdulillah kerana saya dilahirkan sebagai anak Melayu dan anak Malaysia.  Ya allah ya tuhanku... aman damaikanlah negaraku supaya dapat kami mengecapi kehidupan yang sempurna hingga ke anak cucu, cicit, piut, miut.... Marilah kita sama-sama berdoa supaya keamanan dan kedamaian dapat dinikmati dan kecapi hingga akhir hayat.

KELAS AEROBIK DAN POCO-POCO

Ada satu pagi, rakanku Rohani memaklumkan kepadaku bahawa beliau selalu ke Tasik Titiwangsa untuk senaman pagi, oleh itu beliau telah mendapatkan nombor telefon tenaga pengajar senaman berkenaan.  Katanya mereka akan mengadakan satu bengkel senamrobik di Pusat Sukan, Kampung Pandan, KL.  Setelah dimaklumkan aku pun menghubungi sesiapa ahli Puspanita yang ingin menyertai bengkel ini.  Seramai 5 orang telah mendaftar, maka aku pun membuat surat memohon kelulusan Naib Ketua II Puspanita dan diluluskan.

        Pada hari yang dijadualkan, kami pun pergilah.... Lebih kurang 20 orang telah mendaftar untuk mengikuti program ini.  Fuhh!! Semangatlah... tapi awal pagi aku selaku pengurus biro sukan telah dimaklumkan oleh 2 orang rakan yang tidak dapat hadir.  Jadi, tak pe lah masih ada 3 orang lagi.  Oleh itu bengkel pun dimulakan... nampaknya bengkel itu tidak ada bengkel, tetapi terus kepada praktikalnya.  Daripada pukul 9.00 pagi hingga ke 5.30 petang, kami diajar oleh tenaga pengajar yang rata-rata orang muda belia...  Tapi nak ketawa pulak, pelajarnya terdiri daripada mereka yang dah senja dan ada juga pelajar yang muda-muda lelaki dan perempuan sama-sama mengikutinya.

        Aku dan rakanku mengikutinya dengan tekun tanpa ada rasa penat dan sebagainya.  Amali yang diberikan terlalulah padat dan lagu-lagu yang berpatutan tetapi ternyata ada kerancakannya.  Hai... biasalah bagi aku dan rakanku tak boleh dengar lagu terus nak menari, kaki tak boleh diam.  Sebanyak 15 langkah yang telah diajar. Semasa waktu rehat, kami berehat dan makan tengah hari juga disediakan untuk peserta.  Lepas sembahyang zohor aku mula rasa kakiku sakit dan tegang.  Aku diketawakan oleh Rohani... geram jugak rasanya tapi terus juga berjalan perlahan-lahan.. Ha... inilah padahnya tak buat exercise yang ringan-ringan sebelum masuk kelas.  Apabila sampai di tempat belajar, aku terdengar lagu yang rancak.... Fuh... tak duduk lagi terus masuk dan melangkah dengan seronoknya dan terlupa bahawa kaki tu sakit... Ai.. macam tak ingat dunia pulak...kah..kah..kah.....

BESDAYKU

Hari ini 13 Julai 2011 seperti biasa aku bangun pagi bersiap-siap untuk ke pejabat.  Entah mengapa suamiku menyediakan bekalan kuah kurma untuk dibawa ke pejabat.  Aku suka juga sebab bila dia masak masakannya sedap, aku sendiri masak pun tak sesedap masakan dia, sebab ahli-ahli keluarga suamiku hinggalah ke sepupu sepapatnya semuanya pakar memasak.  Tidak hairanlah anak lelakiku pun berminat untuk menjadi Chef dan dia sedang belajar di PTPL Shah Alam bidang Kulinari Arts.

Berbalik kepada kisah tadi, setelah memasukkan bekal ke dalam beg, aku pun terus ke pejabat dengan dihantar oleh suamiku.  Sampai je aku di pejabat, Fairus atau Pai (panggilan manja di bahagian) terus mengucapkan Selamat Hari Lahir). Berkali-kali dia mengucapkannya dan aku sangat teruja dan rakan-rakan yang lain pun terkejut kerana tiba-tiba Pai memberikan ucapan itu.  Oklah...

Pagi tu Bahagian kami ada bengkel di Makmal Bahasa, bila pukul 10.00 pagi, Norhafizah menelefon minta kami turun minum bersama... Aku dan Ayu pun turun kerana tinggal kami berdua je.  Semasa aku masuk ke bilik Makmal, sekali lagi ucapan Selamat Hari Jadi oleh si Pai.... Maka semuanya mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan bos aku pun sama mengucapkan sambil Linda dan lain-lain menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, teruja lagi...Fuh... seganlah pulak maklumlah dan senja-senja seperti anak-anak kecil pulak menerima ucapan demi ucapan.

Tengah hari seperti biasa aku pun makan bekalan yang dibekalkan oleh suamiku bersama rakan di Bahagian Penyelidikan Bahasa sambil berbual-bual.  Pukul 3 aku dikejutkan lagi oleh Bos kerana beliau pergi membelikan dua biji kek harilahir untukku.  Alah... malu pulak rasanya dan aku terkejut juga.  Sejak aku bertugas di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi ni, dua kali aku terkejut.... mula-mula dulu dengan Puan Ratna... sekarang dengan Dr. Fadilah pulak.... aduh... segan pulak rasanya.  Setelah doa dibacakan oleh anakanda Ustaz Azman, aku pun memotong kek dan mengedarkan kepada semua staf yang ada yang sama-sama meraikan hari lahir ku.
TERIMA KASIH DAUN KELADI DR. FADILAH (teruamanya kerana membelikan kek).  Terima kasih juga dengan rakan-rakan di Bahagian kerana meraikannya bersama.