Kisah dulu-dulu masa mula-mula bekerja. Masa tu umur baru 18 nak masuk 19 dah mula bekerja, agak asing jugalah kerana tak pernah bekerja di mana-mana pejabat. Mula-mula dapat pelawaan temuduga aku rasa panik jugalah, maklumlah tak pernah bekerja baru lepas sekolah. Aku dihantar oleh kakak untuk menghadirinya, dalam hati syukur alhamdulillah nak juga kakak aku hantar, elok sampai di tempat temu duga selepas mendaftar dia terus kata balik sendiri sebab dia ada urusan di tempat lain dan tidak dapat mengambilku, bederau rasa hati, macam mana nak balik ni.... sebelum temu duga puaslah bertanya dengan peserta lain balik mana, balik mana. Tup-tup ada pula member yang balik sehala, fuhh lega....
Kisah mula-mula melapor diri pulak.... Selepas temu duga seramai 6 orang peserta telah dilantik menjawat jawatan yang dimohon dan melapor diri pada tarikh yang sama. Maka kami pun melapor diri... hari pertama selepas ditempatkan di bahagian masing-masing, waktu makan tengah hari kami berkumpul di ruang yang dijanjikan dan berbual-bual. Sambil berbual-bual kami ditegur oleh Sdri Rohani mengajak kami bersukan bola jaring(netball). Seperti pucuk dicita ulam mendatang kami pun terima dengan gembiranya, maka minggu hadapannya kami pun bermain bola jaring dan seterusnya sukan-sukan yang lain seperti badminton, ping pong, pokok pangkal apa saja sukan yang boleh kami ikuti ketika itu sehinggalah masuk belajar silat.
Kalau diingat-ingatkan lagi banyak kisah-kisah manis yang kualami semasa bekerja dan masa berubah mengikut peredarannya. Orang dulu-dulu berfesyen sangat berbeza dengan zaman sekarang maklumlah fesyenlah katakan.... hingga sekarang aku telah berkhidmat di jabatan ini lebih kurang 36 tahun lamanya. Kalau generasi sekarang susah juga nak sampai ke tempoh perkhidmatan seperti ini. Aku memulakan perkhidmatan dari peringkat bawah hinggalah di peringkat pertengahan sekarang (setakat yang mampu je lah). Itu pun sudah bersyukur diberikan kesihatan, serta akal yang matang dalam menangani urusan kerja dan juga kehidupan.
No comments:
Post a Comment