Pages, 2010, 2011, 2012

sambung kisah dulu-dulu

Tahun 2000 telah banyak mengubah rupa jabatan aku bekerja kerana sekarang ni adalah zaman global, semuanya menggunakan peralatan yang canggih, yang terkini mengikut peredaran zaman.  Aku amat berbangga dapat mengalami perbezaan ini.  Bukan sahaja peralatan yang canggih, pekerja juga canggih.  Di zaman 20han ini semua pekerja dibekalkan peralatan komputer dan aku pun mendapatnya dan tidak membuang masa untuk mempelajari apa saja yang berkaitan dengan tugas atau pun tidak.  Tak tahulah mengapa, aku suka sangat menambah mencari ilmu untuk memajukan diri dan membuka minda yang positif, bukan hanya yang berkaitan dengan tugas, tetapi untuk menambah ilmu pengetahuan supaya aku tidak dikatakan ketinggalan atau kata orang putih 'outdated'.

Maka masa-masa senja ni,  aku sampai juga akhirnya dan dengan perkhidmatan yang begini lama. Aku sangat berbangga kerana rakan-rakan lama dan baru yang sangat kuhormati dan sayangi masih mengingatiku sebagai seorang pekerja yang senior walaupun aku hanya dalam kumpulan sokongan II.   Terima kasih atas ingatan rakan semua dan kuhargai hubungan baik itu dan tidak kurang juga yang benci, walau bagaimana pun sekali lagi aku amat-amat hargai kalian semuanya dan sekiranya ada di antara mereka yang menyentuh perasaanku, kuanggap itu hanyalah asam garam suasana orang bekerja.

No comments:

Post a Comment