Di peringkat awal aku bekerja... aku bekerja sebagai jurutaip. Biasalah bila seorang jurutaip baru nak mula kerja kenalah menaip manuskrip yang solid je... Maka aku pun diberikan tugas untuk menaip satu manuskrip bertajuk Man dan Min yang ditulis oleh Faridah Lin. Bos aku ni memang sengaja nak mengenakan aku agaknya, dia tak cerita apa kisahnya bahan manuskrip itu. Aku dengan rasa seronoknya pun mulalah menaip. Mula-mulanya tidaklah berapa "touching" di mana dalam bab permulaan menceritakan bagaimana Man yang masih budak telah kematian ibu dan beliau dijaga oleh ayah yang bekerja sebagai nelayan... alah dulu-dulu nelayan ke laut hanya dapat tangkapan cukup-cukup makan je.. tak macam sekarang. Man ke sekolah hanya memakai selipar Jepun, baju sekolah hanya sepasang, bila balik sekolah dibasuh sebab nak pakai keesokan harinya. Pagi-pagi kalau ke sekolah rambut disikat menggunakan jari sambil dicelupkan jari ke dalam air dan disisrkan ke rambut. Aku teruskan juga menaip manuskrip tersebut sehinggalah habis. Jalan cerita itu bersahaja tetapi amat menyentuh hati dan perasaanku. Rupa-rupanya manuskrip itu adalah kisah hidup (semasa kecil) Sasterawan Negara Allahyarham Dato' Usman Awang. Manuskrip itu telah dicetak dan diterbitkan tetapi sayangnya tak ramai di antara kita yang membeli serta memiliki buku itu.....
Aku amat berbangga kerana dapat menaip cerita itu dan sehingga kini kisah ini masih lagi terpahat di hati dan jiwa ragaku, malah ke mana-mana saja aku pergi apabila bercerita-cerita maka aku tidak lupa menyelitkan kisah ini untuk sama-sama memahami dan renungkan betapa bahgianya kita sekarang mengecapi suasana yang lebih selesa kerana negara kita yang aman dan damai.... Oleh itu marilah kita sama-sama mengecapi keamanan dan kedamaian yang telah diberikan oleh datuk nenek kita dulu untuk kita dan janganlah kita biarkan apa yang kita kecapi dihancurkan oleh kita sendiri demi untuk anak cucu kita pula.
Salam....saya salah seorang peminat buku cerita Man dan Min..gembira betul bila membaca kisah awak yang pernah menaip manuskrip cerita ni..rupanya ini kisah hidup sasterawan negara kita...
ReplyDeleteSehingga hari ini saya cuba mencari buku cerita ini...teringin juga mencari info penulisnya di internet tapi tidak berjaya..pernah juga minta DBP cetsk semula namun tak berjaya juga...
Buku ini saya baca semasa saya kecil dalam lingkungan 9-10 tahun ketika itu..tapi buku cerita ini mampu mengalirkan air mata saya ketika membacanya sehingga sampai hari ini tak dapat dilupakan...betapa susahnya kehidupan ini pada suatu ketika dulu...
As salam
ReplyDeleteSaya pun pernah baca buku Man & Min...waktu sekolah rendah...rasanya itulah buku pertama saya beli di Pesta Buku Terengganu...
Saya dah lama lupa pasal buku Man & Min ni...akhir2 ni sejak bekerja di perpustakaan...saya teringat pasal buku ini...Sebab inilah buku pertama yang saya beli sendiri
Rasanya dekat Perpustakaan Negara Malaysia ada lagi bu ni...boleh search melalui laman web pnm :)
Insyaallah, saya pun ingin baca lagi buku ini
Terima kasih atas maklum balas, saya sangat teruja kerana terlibat dengan urusan penerbitan buku ini yang amat bermakna bagi saya sendiri kerana orang yang dicerita adalah mantan sala seorang bos di DBP walaupun cerita itu ditulis oleh Puan Faridah Lin. Saya juga teruja juga sekiranya Puan Faridah Lin ada membaca blog ini dan sebagai menyambut sokongan saya terhadap beliau, baguslah kiranya beliau memberi maklum balas kepada saya, bukan apa cuma ingin merapatkan silaturrahim. Terima kasih sekali lagi.
Deletemmg novel ini menyentuh hati sesiapa sj yg membacanya..novel ini juga telah menjadikan diri sy seorg yg cekal dan tabah..bila sy down sy akan tringatkan kmbali kisah man dan min ini..bab yg plg sy sedih di akhir kisah yg mana man dan min terpaksa berpisah dgn ayahnya..rupa2nya ia adalah kisah sasterawan kita, Allahyarham Dato' Usman Awang...
ReplyDeletesbb bace buku ni den amalkan pakai hampas teabag kat luke hehe...
ReplyDeleteMana boleh dapat novel ni lagi? Ingat lagi part paling sedih saat man & min berpisah dengan ayah diorang..
ReplyDeleteMana boleh dapat novel ni lagi? Ingat lagi part paling sedih saat man & min berpisah dengan ayah diorang..
ReplyDeleteAssalam en shaiful azmi, sehingga hari ini saya masih lagi mencari buku ini untuk simpanan peribadi dan cuba menjejak Puan Faridah Lin ( Fung Chui Lin ) tetapi masih tidak berjaya. :-(
DeleteTqvm puan. Klu jumpa tlg bgtau sy ye..
DeleteBuku Cerita ni Saya baca dlm tahun 1976-77 ketika sy dlm darjah 4-5. Sehingga kini 2020 (umur 53 tahun), ini adalah buku Cerita yg sy masih ingat Dan cuba goggle kalau2 Ada sesiapa yg memilikinya.... Hebat singguh Karya ini. Buku Cerita lain semua sy x ingat..
ReplyDelete