Pages, 2010, 2011, 2012

KES KEMALANGAN PERGI, BALIK TEMPAT KERJA

Dalam akhbar Sinar Harian 29 April 2011 yang lalu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam memaklumkan bahawa pada tahun 2010 kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja sebanyak 21,909 kes iaitu 30% daripada kes kemalangan industri.  Beliau menyarankan supaya kita sebagai pekerja perlulah berhati-hati untuk mengambil langkah keselamatan sendiri.
      Saya menyokong apa yang dikatakan oleh YB itu, seperti yang kita lihat hari-hari ketika pergi kerja dan balik, hampir kebanyakan pemandu, penunggang motosikal berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing.  Saya amat sedih dengan keadaan seperti ini kerana sebagai seorang pemandu, perlu ingat akan keselamatan diri dan juga pihak lain, contohnya: pemandu amat jarang menggunakan lampu isyarat, berhenti di simpang, mencelah-celah dan memecut tidak memikirkan keselamatan orang lain.  Sebagai seorang wanita, saya tidak hendak menyalahkan atau membenarkan apa pula gelagat pemandu wanita, pemandu wanita pun sekarang sudah berhati waja (pada yang berani) memandu tidak melihat kiri kanan terus meluru keluar atau masuk (jangan marah ye...) ini adalah dari apa yang saya lihat dan alami sendiri ketika dalam perjalanan pergi atau pulang dari kerja.
       Banyak program kesedaran 'Safe Riding' terutamanya untuk pekerja yang menunggang motosikal.  Kebanyakan yang menunggang motosikal mempunyai kereta juga, tapi memandangkan jalan selalu sesak, maka alternatif kedua ialah menunggang motosikal ke tempat kerja.  Masalahnya ialah penunggang motosikal terlalu berani di jalan raya dan ada juga yang melepasi lampu merah semasa berhenti (tak sabar agaknya) begitu juga yang berkereta.  Oleh itu kita di sini tidak mahu menyalahkan antara satu sama lain, maka renungkanlah dan jagalah keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.  Janganlah terkejar-kejar di jalan raya nanti ANDA DIKEJARKAN KE TEMPAT LAIN.... he...he...he... takut.....

No comments:

Post a Comment