Hari ini 27.5201 - waktu rehat tengah hari ada satu daripada Bahagian di Jabatan aku bekerja, mengadakan Table Top Sale apa tu Jualan Atas Meja. Banyaklah rakan-rakan yang membawa pakaian yang masih boleh dipakai walaupun bertaraf second hand tetapi masih kelihatan baru, majalah, buku-buku, aksesories wanita, makanan, minuman, pokok bunga segar, alat mekap, bag, dompet, kasut, kain ela, dan macam-macam lagi. Mereka membuat jualan kerana untuk mengumpul dana Badan Kebajikan Bahagian mereka. Seronok juga bila melihat mereka terlalu sibuk dengan urusan itu, pokoknya kesibukan ditumpukan kepada program mereka itu.
Aku pun turut serta dalam acara mereka dengan meletakkan sedikit kuih apam.... Apam Polkadot ala sekarang makin popular kat KL ni... Cara buatnya bukanlah susah sangat cuma orang-orang sekarang suka membeli daripada membuat. Selain kuih apam... aku juga meletakkan beberapa helai tudung yang popular dalam pasaran sekarang..... Dari segi membuat business, orang pompuan dulu, kini dan sekarang sangat aktif dan berdaya saing, bermacam-macam corak perniagaan yang diceburi, tidak kiralah sama ada perniagaan yang diterokai oleh orang lelaki, mereka pun sama-sama hendak mencuba.... Boleh dikatakan orang pompuan sangat-sangat komited dengan apa saja bidang yang diceburi. Syabas diucapkan... Eh! Sorrylah orang lelaki.... bukan nak jek orang pompuan lebih-lebih tapi dek kerana gembira dihati dan bangga dengan kegigihan mereka... tetapi ingat ye kawan-kawan, keja tetap dilaksanakan dengan cemerlang. Aku melihat kerancakan meereka membuat jualan menggalakkan juga badan kebajikan di Bahagian-bahagian lain berbuat perkara yang sama.
Dalam pada mereka membuat Table Top Sale, Badan Keluarga (badan kebajikan di Jabatan aku) terasa agak tercabar pulak, tak pelah nanti kita boleh sama-sama menjalankan aktiviti ini dengan lebih besar lagi seperti program Jabatan kita pada tahun 2009 melaksanakan Derma untuk Gaza sehari suntuk. Tak banyak yang nak dikongsi di sini, tapi sekadar mengingati
No comments:
Post a Comment