Ada satu pagi, rakanku Rohani memaklumkan kepadaku bahawa beliau selalu ke Tasik Titiwangsa untuk senaman pagi, oleh itu beliau telah mendapatkan nombor telefon tenaga pengajar senaman berkenaan. Katanya mereka akan mengadakan satu bengkel senamrobik di Pusat Sukan, Kampung Pandan, KL. Setelah dimaklumkan aku pun menghubungi sesiapa ahli Puspanita yang ingin menyertai bengkel ini. Seramai 5 orang telah mendaftar, maka aku pun membuat surat memohon kelulusan Naib Ketua II Puspanita dan diluluskan.
Pada hari yang dijadualkan, kami pun pergilah.... Lebih kurang 20 orang telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Fuhh!! Semangatlah... tapi awal pagi aku selaku pengurus biro sukan telah dimaklumkan oleh 2 orang rakan yang tidak dapat hadir. Jadi, tak pe lah masih ada 3 orang lagi. Oleh itu bengkel pun dimulakan... nampaknya bengkel itu tidak ada bengkel, tetapi terus kepada praktikalnya. Daripada pukul 9.00 pagi hingga ke 5.30 petang, kami diajar oleh tenaga pengajar yang rata-rata orang muda belia... Tapi nak ketawa pulak, pelajarnya terdiri daripada mereka yang dah senja dan ada juga pelajar yang muda-muda lelaki dan perempuan sama-sama mengikutinya.
Aku dan rakanku mengikutinya dengan tekun tanpa ada rasa penat dan sebagainya. Amali yang diberikan terlalulah padat dan lagu-lagu yang berpatutan tetapi ternyata ada kerancakannya. Hai... biasalah bagi aku dan rakanku tak boleh dengar lagu terus nak menari, kaki tak boleh diam. Sebanyak 15 langkah yang telah diajar. Semasa waktu rehat, kami berehat dan makan tengah hari juga disediakan untuk peserta. Lepas sembahyang zohor aku mula rasa kakiku sakit dan tegang. Aku diketawakan oleh Rohani... geram jugak rasanya tapi terus juga berjalan perlahan-lahan.. Ha... inilah padahnya tak buat exercise yang ringan-ringan sebelum masuk kelas. Apabila sampai di tempat belajar, aku terdengar lagu yang rancak.... Fuh... tak duduk lagi terus masuk dan melangkah dengan seronoknya dan terlupa bahawa kaki tu sakit... Ai.. macam tak ingat dunia pulak...kah..kah..kah.....
BESDAYKU
Hari ini 13 Julai 2011 seperti biasa aku bangun pagi bersiap-siap untuk ke pejabat. Entah mengapa suamiku menyediakan bekalan kuah kurma untuk dibawa ke pejabat. Aku suka juga sebab bila dia masak masakannya sedap, aku sendiri masak pun tak sesedap masakan dia, sebab ahli-ahli keluarga suamiku hinggalah ke sepupu sepapatnya semuanya pakar memasak. Tidak hairanlah anak lelakiku pun berminat untuk menjadi Chef dan dia sedang belajar di PTPL Shah Alam bidang Kulinari Arts.
Berbalik kepada kisah tadi, setelah memasukkan bekal ke dalam beg, aku pun terus ke pejabat dengan dihantar oleh suamiku. Sampai je aku di pejabat, Fairus atau Pai (panggilan manja di bahagian) terus mengucapkan Selamat Hari Lahir). Berkali-kali dia mengucapkannya dan aku sangat teruja dan rakan-rakan yang lain pun terkejut kerana tiba-tiba Pai memberikan ucapan itu. Oklah...
Pagi tu Bahagian kami ada bengkel di Makmal Bahasa, bila pukul 10.00 pagi, Norhafizah menelefon minta kami turun minum bersama... Aku dan Ayu pun turun kerana tinggal kami berdua je. Semasa aku masuk ke bilik Makmal, sekali lagi ucapan Selamat Hari Jadi oleh si Pai.... Maka semuanya mengucapkan selamat hari lahir kepadaku dan bos aku pun sama mengucapkan sambil Linda dan lain-lain menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, teruja lagi...Fuh... seganlah pulak maklumlah dan senja-senja seperti anak-anak kecil pulak menerima ucapan demi ucapan.
Tengah hari seperti biasa aku pun makan bekalan yang dibekalkan oleh suamiku bersama rakan di Bahagian Penyelidikan Bahasa sambil berbual-bual. Pukul 3 aku dikejutkan lagi oleh Bos kerana beliau pergi membelikan dua biji kek harilahir untukku. Alah... malu pulak rasanya dan aku terkejut juga. Sejak aku bertugas di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi ni, dua kali aku terkejut.... mula-mula dulu dengan Puan Ratna... sekarang dengan Dr. Fadilah pulak.... aduh... segan pulak rasanya. Setelah doa dibacakan oleh anakanda Ustaz Azman, aku pun memotong kek dan mengedarkan kepada semua staf yang ada yang sama-sama meraikan hari lahir ku.
TERIMA KASIH DAUN KELADI DR. FADILAH (teruamanya kerana membelikan kek). Terima kasih juga dengan rakan-rakan di Bahagian kerana meraikannya bersama.
PENGERUSI SUKAN
Fuhh... pada 13=21 Jun 2011 aku sebagai Pengerusi Biro Sukan Puspanita di tempat kerjaku mula menganjurkan Kejohanan Sukan Dalaman Antara Jabatan bagi tahun 2011. Aduh... rasanya macam nak demam bila kena pikul tugas ini. Masa muda-muda dulu memanglah aku aktiviti dalam sukan, bola jaring, badminton, ping ping dan juga kebudayaan apa lagi tarianlah... Aku memang suka bergaya tapi taklah melebihi batas. Dalam urusan sukan ini aku berbangga mempunyai rakan-rakan yang mahir dalam bidang masing-masing. Aku sebagai Pengerusi melantik mereka yang pakar dan menyerahkan serta memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengelolakan sukan Karom, Dart, Congkak, Batu Seremban,. Dam Ular (he..he.. macam budak kecil pulak main dam ular). Itulah sukan yang diminati oleh ahli puspanita yang tidak suka sukan padang.
Minggu ini barulah aku dapat mengumpulkan semua AJK, Penyelaras untuk memulakan program ini dan aku berterima kasih juga pada Setiausaha kami Che Chah, Bendahari, Ani yang mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan acara-acara seperti ini. Di samping itu aku juga memohon bantuan daripada AJK Sukan Badan Keluarga untuk sama-sama menyelaraskan acara ini. Aku sangat bangga dengan rakan-rakan yang memberi kerjasama yang tidak jemu-jemu. Hai ... aku ni dah senja baru nak belajar menguruskan acara seperti ini, tapi tak apa aku rasa seronok pula kerana sokongan rakan-rakan yang berpengalaman. Keputusan telah dipamerkan di papan kenyataan, selama dua tiga hari je... tiba-tiba aku tak nampak lagi keputusan tu dipamerkan adaknya Bhg. Ptd. Am dah turunkan, tapi tak apalah penyampaian hadiah akan dibuat sempena sambutan Majlis Anugerah Siti Khadijah yang akan diadakan penghujung bulan Julai 2011 nanti. Oleh itu kepada pemenang-pemenang....... tunggu!!!!......
Selepas acara sukan ni aku dah rancang nak buat pertandingan memancing pulak... Baru cerita-cerita dah ramai yang nak ikut serta.... Ha... tak sangka pulak ada sambutan. Tapi walau bagaimanapun acara ini harus diluluskan dulu oleh Naib Ketua Puspanita kami kerana bila lulus je... ha... ongkosnya bolehlah digunakan untuk menjalankan pertandingan ini

KELAS MEMBUAT PERHIASAN WANITA
Pada 18-19 dan 25 Jun aku telah mendaftar dalam Kelas Membuat Perhiasan Wanita oleh Kolej Komuniti Selayang dalam skim Pembelaran Sepanjang Hayat. Aku join kelas ni sebab memang berminat dengan aksoseri wanita. Dek kerna harga aksoseri ini sangat mahal, maka aku mendapat peluang untuk mempelajari bagaimana nak membuatnya di Kolej Komuniti Selayang.
Masa nak mula belajar tu, fuhhh... tak boleh tidur dibuatnya maklumlah nak belajar buat gelang, rantai, anting-anting, kerosang dan lain-lain lagi sekiranya kita kreatif. Selagi tak sampai tarikh yang ditetapkan aku dok sengih sepanjang masa, oii bukan main minatnya. Sebelum ni aku dah belajar bagaimana nak buat blog, cupcakes, kursus kesempurnaan solat dan yang ini adalah ke empat dan seterusnya... Aku maklumkan pada rakan-rakan Mohaini, Alijah nak belajar buat Fondant Icing tak... Mohaini sangat teruja untuk belajar, dia mengajak aku turut serta tetapi aku dah mendaftar di kelas membuat aksesori wanita. Aku cadangkan dia pergi dengan Alijah kerana Alijah sangat-sangat berminat dengan fondant ising ni.
Hari yang dinanti-nanti dah tiba, aku dihantar oleh suami hingga depan tangga. Aku mendaftar dan terus masuk kelas. Masuk je kelas kat atas meja ada bahan-bahan untuk membuat perhiasan. Amboi hati tu rasa tak sabar-sabar nak belajar. Maka sampailah masanya cikgu pun masuk, cikgu pun memperkenalkan dirinya, dan selepas sesi berkenalan dengan cikgu kami pun memulakan kelas dengan membuat anting-anting yang simple, pas tu buat gelang, dan kami belajar dengan sabar dan tekun. Aku tersangatlah minat dengan kerja-kerja sebegitu maka aku tumpukan perhatian sepenuhnya walaupun kadangkala mata tak nampak nak mencocok lubang manik kristal. Agaknya dek kerana terkial-kial nak memasukkan manik-manik, member sebelah dengan rela nak bantu tapi aku kata tak apa masih boleh membuatnya walaupun terkial-kial. Bukan apa... nak rasa bagaimana susah atau senangnya membuat barang-barang perhiasan.
Peralatan yang kami gunakan seperti 'flyer', 'flyer long nose' dan 'cutter'. Setiap peralatan ada kala digunakan serentak dan ada kalanya tidak. Kami dipamerkan dengan hasil kerja tangan yang cikgu bawa untuk dijadikan contoh dan membuatkan kami terbeliak bijik mata melihat barang-barang perhiasan yang mengelip-gelip tu.
Di hari akhir, kami akan diajar bagaimana nak membuat gelang jam. Melihat contoh yang dipamerkan oleh cikgu teruja juga nak mencuba membuatnya rasa tak sabar-sabar lagi. Tetapi hari terakhir aku tak dapat hadir kerana ada urusan lain yang lebih mustahak. Cikgu berjanji akan mengajar aku di hari lain tetapi masih tertangguh kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan kerja. Dalam masa belajar tu ramai juga dapat rakan-rakan baru 'face book' maka kami pun berhubung antara satu sama lain walaupun tidak berjumpa lagi, mungkin di lain sesi akan bertemu semula maklumlah bermacam-macam yang nak aku belajar, minatlah katakan.

SIBUKSIBUK BUKAN MENYIBUK
Hari ini 27.5201 - waktu rehat tengah hari ada satu daripada Bahagian di Jabatan aku bekerja, mengadakan Table Top Sale apa tu Jualan Atas Meja. Banyaklah rakan-rakan yang membawa pakaian yang masih boleh dipakai walaupun bertaraf second hand tetapi masih kelihatan baru, majalah, buku-buku, aksesories wanita, makanan, minuman, pokok bunga segar, alat mekap, bag, dompet, kasut, kain ela, dan macam-macam lagi. Mereka membuat jualan kerana untuk mengumpul dana Badan Kebajikan Bahagian mereka. Seronok juga bila melihat mereka terlalu sibuk dengan urusan itu, pokoknya kesibukan ditumpukan kepada program mereka itu.
Aku pun turut serta dalam acara mereka dengan meletakkan sedikit kuih apam.... Apam Polkadot ala sekarang makin popular kat KL ni... Cara buatnya bukanlah susah sangat cuma orang-orang sekarang suka membeli daripada membuat. Selain kuih apam... aku juga meletakkan beberapa helai tudung yang popular dalam pasaran sekarang..... Dari segi membuat business, orang pompuan dulu, kini dan sekarang sangat aktif dan berdaya saing, bermacam-macam corak perniagaan yang diceburi, tidak kiralah sama ada perniagaan yang diterokai oleh orang lelaki, mereka pun sama-sama hendak mencuba.... Boleh dikatakan orang pompuan sangat-sangat komited dengan apa saja bidang yang diceburi. Syabas diucapkan... Eh! Sorrylah orang lelaki.... bukan nak jek orang pompuan lebih-lebih tapi dek kerana gembira dihati dan bangga dengan kegigihan mereka... tetapi ingat ye kawan-kawan, keja tetap dilaksanakan dengan cemerlang. Aku melihat kerancakan meereka membuat jualan menggalakkan juga badan kebajikan di Bahagian-bahagian lain berbuat perkara yang sama.
Dalam pada mereka membuat Table Top Sale, Badan Keluarga (badan kebajikan di Jabatan aku) terasa agak tercabar pulak, tak pelah nanti kita boleh sama-sama menjalankan aktiviti ini dengan lebih besar lagi seperti program Jabatan kita pada tahun 2009 melaksanakan Derma untuk Gaza sehari suntuk. Tak banyak yang nak dikongsi di sini, tapi sekadar mengingati

NOSTALGIA SEMASA SEKOLAH
Satu hari di awal tahun 2011, aku dihubungi oleh kawan sekolahku semasa aku di kampung alah sekolah rendah.... Nama kawanku itu Jamaliah binti Ismail, nama singkat (sekarang nama glamour - Mali). Aku masih ingat lagi semasa di sekolah rendah, kebanyakan kawan sekelas berketurunan Jawa... tapi ntah mengapa aku tak pandai berbahasa Jawa pun hanya sebaris dua je.. memang mereka ni tak nak mengajar aku bahasa jawa, alasannya supaya senang dia orang nak mengata aku dalam bahasa Jawa kalau berkelahi. Memanglah anak-anak Jawa ni.... saja je, aku dah tahu kalau dia orang nak mengata aku dia akan berbahasa jawa. Fuhh.... geram jugak aku, tapi itulah pengalaman semasa di sekolah rendah.
Dalam kelas aku tu ada seorang kawan berbangsa Sikh, aku masih ingat namanya Jiatun Kaur tapi nama glamournya Gudik. Semasa kami sekolah, setiap kali waktu rehat, emak si Gudik ni datang bawakan anaknya bekalan, bekalannya sebungkus nasi lemak, sebotol susu lembu. Ada satu masa, aku dok melangut depan dia sambil emaknya menyuapkan nasi, aku dok pandang je, tiba-tiba emaknya menyuapkan aku nasi lemak tu juga, maka aku pun buka mulutlah... lepas tu dia bagi Si Gudik minum susu lembu, kemudian dia bagi kat aku untuk minum sama. Ambio.... kenyang aku dapat makan nasi lemak dan susu lembu masa rehat. Selalunya aku balik rumah bila rehat, maklumlah rumah di hujung padang sekolah, hai rumah Tok Penghulu... Bapaku berjawatan Penghulu. Berbalik kepada cerita Gudik, pada keesokan harinya, waktu rehat, emak Si Gudik ni bawakan dua bungkus nasi lemak dan dua botol susu lembu. Satu set untuk aku, satu set lagi untuk gudik. Aku pun tak lepas peluang... makanle. Tapi bila emak aku tahu, aku dimarah dan dia memaklumkan kepada emak Si Gudik, jangan bagi lagi aku bekalan sebab aku dah diberikan duit belanja untuk membeli makanan. Emak Si Gudik, sangat baik hati dan lemah lembut orangnya, dia tetap nak memberi aku makan bersama anak dia. Begitulah kenangan manis ketika itu aku di dalam darjah satu. Hingga sekarang aku merasa teramat rindu dan ingin berjumpa dengan Gudik tapi tidak tahu dia di mana kerana dia telah berpindah dari kampungku. Kami berpisah selepas darjah enam. Mungkin Gudik sudah pun menjadi nenek seperti aku, kerana kami sebaya.
Selain daripada Gudik, seorang lagi kawan yang agak muda daripada aku, Kenit anak kepada seorang guru yang mengajar di sekolah kami. Kenit adalah anak kepada Cikgu Sahlan, hingga sekarang aku tidak dapat mengesan di mana dia, sama ada Cikgu Sahlan masih tinggal di kampungnya iaitu Kampung Bukit Bangkong (kampung isterinya kalau tak silap). Mereka-mereka ini adalah teman sepermainanku semasa aku bersekolah rendah. Aku amat merindui mereka kerana lebih 50 tahun tidak berjumpa sehinggalah ke hari ini. Adakah Kenit sudah menjadi nenek dan di manakah dia tinggal sekarang, inilah yang tak dapat dikesan kerana aku hilang punca maklumat ini.
Dari itu aku masih ada kawan-kawan yang masih boleh ditemui, walaupun mereka sudah berumah tangga dan mempunyai cucu seperti Mali, Anisah, Siti Hajar, Zaiton, Poah (Marpua'ah), Kuak, Upek (yang telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit kencing manis), Bakhtiar (takziah atas kembalinya ke rahmatulllah isteri tersayang), Mohd. Noor, Hamid Damsor, Husin Hassan dan lain-lain yang masih tinggal di kampung. Aku masih teringat saat aku bertemu dengan allahyarham Upek pada majlis perkahwinan anak Kak Khairiah Haji Zubir, ketika aku sampai, si Upeklah yang menerkam dan memeluk aku seerat-eratnya seolah-olah tidak mahu melepaskan aku, rupanya itulah pelukan yang terakhir dari Upek (al-fatihah untukmu Upek yang disayang). Upeklah yang paling rapat denganku kerana aku selalu bermain dan mandi sungai yang berdekatan dengan rumahnya. Aku ni anak Tok Penghulu, aku suka meronda-ronda kawasan kampung, pergi ke rumah kawan-kawan dengan berjalan kaki dan adakala waktu makan tengah hari aku makan di rumah mereka. Maklumlah makan lauk kampung yang simple dan sedap. Aku titipkan kenangan buat kamu kawan-kawanku yang amat aku ingati. Semoga hubungan kita di kala usia menjelang senja ini lebih erat dan ikrab hendaknya.

UMRAH OH UMRAH....
Bagi setiap umat islam mengerjakan haji adalah satu pencapaian yang tidak terkata sekiranya mampu. semua orang mahu menunaikannya cuma masanya cepat atau lambat je... Pada satu hari aku dan adik beradik yang lain dipanggil oleh kakak sulungku yang kami pangil "Long" ke rumahnya. Selepas kami makan tengah hari, kami pun duduk berehat sambil berbual-bual. Dalam pada berbual-bual tu Long memaklumkan kepada kami bahawa beliau ingin membawa kami semua (adik-beradik je tidak termasuk ipar) untuk menunai umrah. Kami semua agak terperanjat juga dengan pengumuman beliau kerana belanja nak buat umrah pun kurang-kurang mesti ada RM5,000.00 seorang. Tapi kami tidak sempat bertanya beliau menerangkan bahawa beliau akan menanggung semua kos pergi-balik, penginapan, makan minum, perjalanan di sana. Aduh... kami terperanjat dan teruja juga akan pelawaan beliau.
Kami bertanya apakah tujuannya beliau menanggung pemergian kami, rupa-rupanya beliau telah berniat untuk membawa kami menziarah kubur ibunda yang tercinta yang telah kembali ke rahmatullah di Mekah pada tahun 1983. Kami semua amat terpegun dengan niat beliau itu, dengan sepontan kami semua pun bersetuju walaupun beliau akan menanggung semua kos tetapi ada beberapa perkara yang perlu kami sediakan juga untuk ke sana selain daripada menguruskan pasport sendiri.
Masa untuk mengerjakan umrah pun tiba, kami pun berangkat dengan dihantar oleh keluarga kami masing-masing, riuh rendah juga macam nak naik haji pulak.... Sampailah masa kami masuk ke dalam kapal terbang (bording). Kami menaiki penerbangan Arab Saudi (Saudi Air), kesemua penumpang adalah orang Melayu, pendeknya tidak ada penumpang berbangsa asing pun. Semuanya nak menunaikan umrah. Kami sahaja terdiri daripada 11 orang, Long, Abang Ngah, Abang Alang, Kak Uda, Anjang, Aku, Kiah, Adik, Abang Deraman (sepupuku), Nurul (anak Kiah), dan Elly (anak angkat Long - sekarang Datin Elly, fuhhlamak.... Datin... kau...). Kapal terbang mendarat di Madinah hampir waktu subuh, sampai di kaunter imegerisen lapangan terbang tu, sambil berbaris Elly di hadapanku, muhrim aku ialah Abang Alang, Elly entah aku tak tahu sebab muhrim disusun oleh Long dan tidak memaklumkan kepada kami pun. Bila tiba pasport Elly dicop maka pegawai imegerisen pun bertanya siapakah muhrim dia, Elly confuse lalu bertanya aku, Mak Usu siapa Abdul Rahman bin Hitam? Aku kata tak tahu... bila kami terpinga-pinga maka pegawai berkenaan pun berteriak kuat nama abang sepupuku. Dari jauh Abang Deraman menyahut sambil mengangkat tangan. Pegawai itu melihat sambil berdiri dan terus mengecop pasport Elly. He..he.. lepas sahaja Elly tanya "Mak Usu tak kan nama Pak Itam tak tahu", jawab aku, "Entah yang aku tahu aku selalu panggil Abang Deraman je," ( sebenarnya aku lupa nama sebenar dia) maka aku pun buat bodoh je....he..he..
Kemudian kami pun berkumpul di pintu luar dan wakil agensi yang menunggu pun mengarahkan kami supaya menaiki bas yang disediakan bersama-sama dengan beberapa orang yang sekapal dengan kami.
Kami menginap di Hotel Hilton di Madinah....Wah... cantiknya hotel ni kataku dalam hati, kembang kuncup hatiku dapat menginap di sini. Rupanya-rupanya dalam satu bilik hanya muat katil untuk 3 orang tetapi kami dimuatkan 4 orang. Akulah yang bongsu, maka aku terpaksa beralah dengan menggunakan katil extra bed. OKlah tu... bila aku cuba duduk di atas katil tu, katil itu terkatup dengan aku sekali di dalamnya. Mak oi... aku pun menjeritlah, Kak Uda dan Anjang cuba membuka katil dan dengan terkial-kial mereka berjaya menyelamatkan aku. Lepas tu aku diketawakan oleh mereka.... fuhh... bengang jugak dahlah aku mengalah, bila aku tersepit mereka ketawakan aku... uuuhhhh geram juga tapi gembira kerana dapat mengerjakan umrah bersama kekanda-kekandaku yang disayang walaupun usia mereka mencecah ke usia warga tua tetapi semangat tetap kental walaupun Abang Alang sakit gout masa tu. Abang Alang sakit gout, mutawif kami mencarikan kerusi roda dan menolaknya secara bergilir-gilir bagi mengerjakan tawaf, saei dan lain-lain rukun umrah.
Sepanjang mengerjakan umrah tidak banyak halangan dan rintangan, kami mematuhi segala peraturan dan mengerja solat-solat sunat di dalam masjid. Kami dapat bersembahyang di dalam kawasan Raudhah Al-Mutahharah iaitu merupakan tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi, selain menjadi tempat Rasullah S.A.W dan para sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah S.A.W. ia juga merupakan sebuah taman syurga iaitu makna perkataan Raudhah ialah taman). Kaum wanita dibenarkan memasuki ruang Raudhah pada hari Selasa dan Khamis selepas waktu Zohor hingga ke Asar. Aku dapat mengerjakan solat sunat sambil duduk kerana ruang yang padat. Selepas itu kami dipanggil untuk diberi penerangan tentang makam Nabi Muhammad S.A.W, makam Saidina Abu Bakar dan makam Saidina Umar Al-Khattab oleh beberapa orang polis wanita yang bertugas ke dalam masjid. Salah seorang jurucakap bercakap dalam bahasa Melayu sambil menerangkan kedudukan makam-makam yang ada. Pendek kata kalau kita gi situ tak payahlah berbelit lidah nak cakap bahasa Arab kalau lidah masih keras.
Saya amat berbangga kerana rakyat Malaysia sangat dihormati di Arab Saudi kerana pada masa PM kita Tun Mahathir, pihak kerajaan selalu menjalin hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Saudi Arabia. Dah tu pun kami naik Saudi Air... Peniaga-peniaga di sana selalu melaung-laungkan MALAYSIA BOLEH, MALAYSIA BOLEH, slogan yang dilaungkan semasa Tun Mahathir menjadi PM ( saya gi masa Pak Lah jadi PM). Mereka cuba menarik perhatian kita rakyat Malaysia dengan berbahasa Melayu "Siti Rahmah, Siti Rahmah... massukkk...massukkk... lihat... lihat... beli..beli..." itu jelah yang boleh disebut janji ada orang Malaysia yang masuk ke dalam kedai mereka. Fuhh... Pak anak-anak Arab.... pandai juga berbahasa Melayu sepatah dua kata.... maklumlah musim umrah rakyat Malaysia datang silih berganti.
Semasa mengerjakan umrah sangat seronok kerana dapat mengerjakan ibadat tanpa memikirkan soal lain, acara kita dirancang oleh agensi dengan teratur sekali... cuma selepas waktu zohor dan isyak adalah acara bebas. Kami diingatkan supaya keluar berkumpulan dan kalau menaiki teksi biarlah kaum lelaki masuk dahulu ke dalam teksi dan jika sampai ke destinasi kaum wanita hendaklah keluar dulu. Itulah salah satu implikasi keselamatan wanita yang akan dijaga oleh muhrimnya. Pergerakan di sana juga tidaklah menyulitkan tetapi seharusnya ada kaum lelaki yang ikut serta ketika keluar bersiar-siar atau membeli belah, dan kaum wanita diwajibkan memakai tudung labuh dan wanita-wanita Malaysia selalunya memakai telekung untuk keluar membeli belah.
Sampailah waktu kami akan bertolak ke Kota Makah di mana tempat yang dinanti-nantikan untuk melihat kecantikaan Kaabah iaitu paksi bumi. Dalam perjalanan apabila sampai waktu sembahyang maghrib, (sebelum itu kami mengerjakan jamak kerana perjalanan agak jauh), kami singgah di satu tempat perhentian di tengah-tengah padang pasir. Tempat persinggahan seperti R & R di Malaysia tetapi taklah sehebat di tanah air kita, cuma biasa-biasa je. Kami pun diberi masa untuk berehat dan sembahyang maghrib. Lepas sembahyang, kami pun ke kedai yang menjual makanan hanya satu je lah macam kantin tu... Tiba-tiba terpampang di dinding kedai Teh Tarik!!! Eh.. kat Arab pun ada teh tarik, ni tak boleh jadi ni mesti pekena sikit, kami pun membeli teh tarik dengan harga Rial 1.00 segelas. Sambil minum kami mendapat maklumat bahawa penjual teh tarik ialah Mat Bangla yang sudah bekerja di Malaysia selama 10 tahun!! Aduh-aduh Mat Bangla ni buat duit pulak kat Arab Saudi dengan menjual sambil memperkenalkan minuman kegemaran rakyat Malaysia... Apa lagi kami pun menjamu selera seadanyalah.
Sampai di Kota Makkah, kami menginap di Hotel Firdaus Umrah, sekarang dah tak de dah hotel tu... hotel ini berdekatan dengan bangunan Tabung Haji Malaysia. Maka kami pun memulakanlah mengerjakan umrah dengan dipandu oleh seorang mutawif. Oleh kerana kami-kami ni mengerjakan umrah buat pertama kali, maka Kak Long aku mengupah mutawif untuk memandu kami mengerjakan umrah sepanjang tempoh berada di sana. Ustaz dan isterinya sangat mengambil berat kebajikan kami semyua termasuklah menghantar abang, anak saudara dan juga Kak Long ke hospital untuk mendapatkan rawatan pelbagai (ada sakit mata, sakit gaout, sakit perutlah...). Dalam pada mengerjakan umrah itu, Kak Uda menyatakan hasratnya untuk mendapatkan buah kurma yang baru dipetik dari polok, tetapi kata ustaz belum musim lagi... Dia pun tidak berputus asa cuba juga mencari di kedai-kedai yang menjual buah kurma. Oleh kerana hajatnya itu dia pun berdoa ke hadrat ilahi akan maksud dan kehendaknya itu. Entah bagaimana, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu zohor, kami dihidangkan buah yang dihajati oleh kakakku... Kami semua sangat gembir dan bersyukur dengan rezeki yang seadanya, maka dia dengan gembiranya membahagi-bahagikan buah kurma yang segar untuk dinikmati bersama. Hatiku berdetik dan sayu kerana tuhan telah memakbulkan permintaannya walaupun hanya beberapa biji buah kurma untuk dinikmati ketika itu. Aku juga merasa kagum kerana dapat menikmati air zam-zam seperti minum air paip di Malaysia, sentiasa ada dan tidak putus-putus.
Pada hari yang ke tiga, Kak Long meminta supaya agensi yang membawa kami itu menunjukkan di manakah makam ibu yang hendak kami lawati. Ibu kami meninggal dunia pada tahun 1983 iaitu tahun kelahiran anak sulungku Maisara Anum. Kami dibawa menaiki satu van dan pergi menziarah makam yang diberi tanda tahun kembalinya ke rahmatullah ibu ku yang tersayang. Kawasan itu dipagar dan tidak boleh masuk, di tepi jalan ditulis tahun 1970-1990. Maka ditepi jalan itulah kami bertahlil dengan dipandu oleh mutawif yang bersama kami. Apabila selesai, kami pun terus mengerjakan umrah beramai-ramai.
Waktu malam, aku, Kak Uda, Anjang, Bang Deraman, Bang Ngah dibawa oleh mutawif untuk mengerjakan umrah di waktu malam sepas maghrib kami pun memulakannya.
Sebenarnya sewaktu memulakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur, aku tersentuh dengan dua keluarga. Satu keluarga membawa anak yang cacat (akal dan fizikal) dengan menolaknya menggunakan kereta sorong, satu keluarga lagi anak lelaki membawa ibunya yang uzur di mana tiada ahli keluarga perempuan yang ikut bersama bagi menjaga ibunya. Tetapi walau bagaimanapun masih ada insan yang turut membantu ibu berkenaan untuk membersihkan diri di dalam kapal terbang. Aku amat tersentuh dengan peristiwa itu, tetapi di Madinah dan Makkah kami tidak terjumpa mereka, mungkin mereka menginap di tempat lain, begitulah..... Berbalik kepada kisah kami sekeluarga pula, pada hari kelima selepas kami mengerjakan umrah di awal pagi, Kak Long ingin membawa kami melawat bandar Jeddah. Agak jauh juga dan kami harus melepasi pintu imigresen, aku membawa sebotol air zam-zam sebagai bekalan sekiranya haus. Keluar sahaja daripada tanah haram, air bekalanku menjadi tak sedap.... Ya Allah betapa agungnya kau, betapa besarnya nikmat yang kau tunjukkan.... Amin.
Pada hari terakhir di Makkah, kami mengerjakan tawaf wida, iaitu tawaf selamat tinggal, hatiku tiba-tiba menjadi sebak dan menangis kerana begitu sedih untuk meninggalkan Kota Makkah. Selepas mengerjakan tawaf, kami yang telahpun bersiap-siap terus dibawa menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Jeddah untuk balik ke Malaysia. Sampai di lapangan terbang, aku bertemu sekali lagi dengan dua keluarga yang aku ceritakan, mereka sungguh gembira dan aku juga gembira melihat mereka dan kami pun bertegur sapa dan berbual-bual sehinggalah menaiki kapal terbang. Sesampai di KLIA, kami pun berpisah membawa haluan masing-masing dengan keluarga yang menanti kepulangan kami. Amboi... ramainya... macam balik haji pulak!!.... Aku, Kak Uda, Bang Deraman, Elly pun terus ke rumah Kak Long, Anjang, Abang Alang, Abang Ngah terus balik ke rumah mereka kerana mereka tinggal di Salak Tinggi alah kat KLIA jugak..... Itulah pengalamanku mengerjakan umrah bersama adik beradikku. Kenangan manis ini dirancang oleh Kak Long kerana niatnya untuk membawa kami menziarah kubur ibu yang amat kami rindui...... hingga ke saat ini.... Terima kasih Long, aku juga mendoakan kesihatan Kak Long aku di hadapan Kaabah supaya dipanjangkan usia, sihatkan tubuh badan, dan dimurahkan rezeki supaya dapat menyumbang untuk insan-insan yang memerlukan bantuannya. Terlalu banyak jasa dan budi yang Kak Long aku taburkan untuk masyarakat dan juga keluarga kami. Long... kaulah ibu dan kaulah bapa bagi kami.

KES KEMALANGAN PERGI, BALIK TEMPAT KERJA
Dalam akhbar Sinar Harian 29 April 2011 yang lalu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam memaklumkan bahawa pada tahun 2010 kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja sebanyak 21,909 kes iaitu 30% daripada kes kemalangan industri. Beliau menyarankan supaya kita sebagai pekerja perlulah berhati-hati untuk mengambil langkah keselamatan sendiri.
Saya menyokong apa yang dikatakan oleh YB itu, seperti yang kita lihat hari-hari ketika pergi kerja dan balik, hampir kebanyakan pemandu, penunggang motosikal berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing. Saya amat sedih dengan keadaan seperti ini kerana sebagai seorang pemandu, perlu ingat akan keselamatan diri dan juga pihak lain, contohnya: pemandu amat jarang menggunakan lampu isyarat, berhenti di simpang, mencelah-celah dan memecut tidak memikirkan keselamatan orang lain. Sebagai seorang wanita, saya tidak hendak menyalahkan atau membenarkan apa pula gelagat pemandu wanita, pemandu wanita pun sekarang sudah berhati waja (pada yang berani) memandu tidak melihat kiri kanan terus meluru keluar atau masuk (jangan marah ye...) ini adalah dari apa yang saya lihat dan alami sendiri ketika dalam perjalanan pergi atau pulang dari kerja.
Banyak program kesedaran 'Safe Riding' terutamanya untuk pekerja yang menunggang motosikal. Kebanyakan yang menunggang motosikal mempunyai kereta juga, tapi memandangkan jalan selalu sesak, maka alternatif kedua ialah menunggang motosikal ke tempat kerja. Masalahnya ialah penunggang motosikal terlalu berani di jalan raya dan ada juga yang melepasi lampu merah semasa berhenti (tak sabar agaknya) begitu juga yang berkereta. Oleh itu kita di sini tidak mahu menyalahkan antara satu sama lain, maka renungkanlah dan jagalah keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Janganlah terkejar-kejar di jalan raya nanti ANDA DIKEJARKAN KE TEMPAT LAIN.... he...he...he... takut.....

KAKAKKU YB
Inilah kisah sebenar yang terjadi dalam keluargaku. Bermula pada tahun 1976 kakak sulongku (Long) menceburkan diri dalam arena politik, beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat pada masa itu. Selama dua tahun dia menjawat jawatan tersebut, dan pada tahun 1978 beliau diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang wakil rakyat wanita di dalam pilihanraya tersebut dan mewakili kawasan Permatang, Selangor. Aku tak menyangka Long berminat menjadi wakil rakyat, katanya menyambung cita-cita ayah yang mana ayah adalah seorang Penghulu di kampungku. Selama lebih dua minggu beliau menjalankan kempen di kawasan berkenaan semasa diambang pilihanraya.
Memandangkan tempoh untuk berkempen terlalu singkat, kakakku dan suaminya turun padang setiap hari, kami di rumah, aku, tiga orang anak lelakinya, seorang pemandu dan seorang pembantu rumah yang tinggal. Seperti biasa aku ke pejabat, anak-anak saudaraku ke sekolah dengan dihantar dan diambil oleh pemandunya dan pembantu rumah menyediakan juadah kami. Setiap hari larut malam barulah mereka pulang ke rumah, dan apabila awal pagi semasa kami hendak keluar, beliau pun sama-sama keluar dengan tujuan masing-masing.
Maka hari mengundi pun tibalah, kami berada di rumah ketika itu cuti hujung minggi kalau tak silap, seminggu sebelum hari mengundi, kakakku dan suaminya telah menginap di kawasan pilihanraya berkenaan. Maka tinggallah kami di rumah tanpa ada orang yang lebih tua untuk menjaga kami semua (maklumlah masa tu aku masih remaja begitu juga anak-anak saudaraku masih bersekolah). Hari mengundi pun tiba, kami yang masih muda remaja ni belum boleh mengundi, maka duduklah di rumah menonton berita tentang pilihanraya dan sebagainya. Aku dan pemandu, pembantu rumah dan anak-anak saudaraku mula merancang untuk membelikan kek kemenangan untuknya. Setelah pergi membeli apa-apa yang perlu, kami pun menyiapkan hidangan yang sederhana untuk menyambut kepulangannya dengan kemenangan nanti. Menjelang malam, apabila keputusan mengundi dimaklumkan sedikit demi sedikit, kami menunggu di depan tv untuk melihat keputusan pilihanraya kakakku sama ada menang atau kalah. Kami pun menunggu dengan penuh debaran dan keseronokan kerana dah tentu Long menang, kek yang dihidang telah menjadi lembik, masukkan ke dalam peti sejuk, apabila kami mendengar deruan kereta, berlarilah anak-anaknya melihat sama ada emak dan abah dah balik, tetapi tak juga tiba, begitulah gelagat kami sehinggalah larut malam dan keletihan. Aku pun menyuruh anak-anaknya masuk tidur dan aku teruskan menunggu hinggalah aku terlena di sofa hingga pagi. Ketika bangun pun aku melihat ke luar rumah tapi tak juga sampai. Akhirnya keputusan keseluruhan pilihanraya diketahui bahawa BN menang dengan cemerlang di semua kawasan yang di tandingi. Keputusan kemenangan kakakku tak dapat dilihat kerana kami keletihan dan tertidur hingga pagi.
Kek yang diletak di atas meja dikeluarkan semula, dengan harapan pagi-pagi tentu Long akan balik, dia mesti nak balik untuk mandi dan sebagainya pada anggapanku. Tetapi anggapanku meleset hingga ke petang masih tidak balik-balik lagi. Tiba-tiba waktu hampir maghrib kakakku sampai di rumah dengan membawa kalungan bunga malai, ha.. dah tentulah menang. Kami memberikan sambutan WELCOME HOME dengan kek yang telah dibeli semalam. Rupa-rupanya tarikh kemenangan itu menghampiri tarikh lahir serta ulang tahun perkahwinannya. Keseronokan kami semua seperti menyambut hari jadi anak-anak saudaraku kerana disertai dengan belon, topi dan wisel. Begitulah ceritanya bagaimana 'suspen'nya kami menanti, menanti dengan debaran kepulanganya.

PERISTIWA 13 MEI (AKU REMAJA)
Air Panas Girls School, Setapak, Kuala Lumpur sekolahku. Aku tinggal di Gombak dan bersekolah menengah di APGS bermula tahun 1969 dalam kelas peralihan. Kelas peralihan ialah untuk murid-murid daripada sekolah Melayu untuk memasuki menengah Inggeris, pada masa itu sekolah rendah, sekolah menengah ada dua aliran iaitu Melayu dan Inggeris. Aku dihantar ke sekolah menengah aliran Inggeris itulah pasal kena masuk kelas peralihan selama setahun. Setahun kemudian barulah dinaikan ke Tingkatan 1. Bagi murid-murid yang semasa sekolah rendah aliran Inggeris mereka akan terus ke Tingkatan 1 di sekolah menengah aliran Inggeris. Pada tahun 1970, pakaian seragam murid-murid di semua sekolah rendah dan menengah diseragamkan sehinggalah ke hari ini. Kalau nak tahu pakaian seragam sekolah bagi murid perempuan sekarang, pada zaman saya tingkatan satu dikuatkuasakan menjadi pakaian seragam yang standard hingga sekarang. Bagi murid-murid lelaki pula serba putih dan sekarang hanya seluar putih ditukar kepada warna hijau lumut ditukar kerana tidak sesuai seluar putih kerana pada azalinya murid lelaki sangat lasak. Selepas itu, pakaian seragam bagi murid-murid sekolah rendah pula diseragamkan bagi seluruh Malaysia. Tujuan penyeragaman ialah kerana sekiranya murid-murid bertukar sekolah mengikut keluarga yang bertukar (polis, tentera, jururawat dan sebagainya) tidaklah menjadi bebanan kepada keluarga untuk membuat pakaian seragam yang berbeza-beza di atara sekolah di Malaysia. Begitu juga dengan buku teks telah diseragamkan atas sebab-sebab seperti ini.
Aku ke sekolah naik bas khas yang disediakan oleh syarikat bas ialah Bas Len Seng. Kami membeli pas bas bulanan. Setiap pagi pukul 6.30 pagi kami sudah belongok-longok menunggu bas yang tiba pukul 6.45 pagi. Ceritaku ini pada masa itu belum ada kempen muhibbah dan memandangkan pada 1969 ada pilihanraya, maka satu insiden yang menjadi sejarah telah berlaku dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Dipendekkan cerita pertumpahan darah pertelingkahan perkauman antara Melayu dan Cina dalam peristiwa 13 Mei 1969. Pada hari berkenaan aku bersekolah petang di APGS. Sekolah aku terletak di dalam kawasan majoritinya kaum Cina. Entah mengapa beberapa peristiwa pertumpahan darah bermula di kawasan Air Panas, Setapak. Petang tu kami bersekolah seperti biasa dan balik juga seperti biasa. Selepas loceng akhir kami pun keluar terus berlari (seperti biasa berebu-rebut) untuk menaiki bas dan aku dah tentu jadi hero naik bas sambil memanjat ikut pintu belakang kerana kalau ikut pintu depan dah berkerumun murid lain, kerana nakkan pemandangan tempat duduk belakang yang memanjang iaitu mengadap-ngadap. Bas pun mula berjalan dengan lajunya tapi kami masih tidak sedarkan keadaan serta suasana kerana sepanjang perjalanan balik di sekitar kawawan yang dilalui tidak nampak lagi huru hara.
Bas berjalan laju dan berhenti dengan begitu laju dan cepat, kami terhoyong-hayang di belakang walau pun duduk. Apabila sampai di Batu 5 Gombak berhadapan dengan kilang Lee Rubber (sekarang Medan Idaman) kelihatan sekumpulan pemuda Melayu berjalan sambil memegang buluh runcing, aku tertanya-tanya dan dalam kumpulan itu aku ternampak pulak boyfriend kakak dan sambil menjerit namanya, dia memandang, sambil menjerit balik-balik. Bas yang membawa kami tu seumpama lipas kudung menekan minyak menghantar kami ke destinasi begitu laju kerana pemandunya adalah berbangsa Cina. Dia dalam keadaan cemas serta takut, takut dikerjakan oleh kumpulan tadi tu. Selepas kami diturunkan, bas memecut laju menghala ke KL semula. Kami pun berjalan balik, sesampai saja aku di rumah kakak aku bertanya ada apa-apa insiden berlaku tak semasa perjalanan balik, aku jawab tak ada. Dia menjelaskan kepadaku bahawa beberapa peristiwa berdarah telah berlaku dan malam itu kami melihat berita di TV (masa tu hitam/putih) peristiwa yang tak diingini berlaku itu terjadi di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Chowkit di mana banyak kenderaan dibakar dan sebagainya dan itulah dinamakan rusuhan kaum. Kalau tak silap saya kami diperintahkan berkurung selama dua minggu lebih, bila waktu siang perintah berkurung dilonggarkan dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang kalau tak silap. Masa itulah kami keluar membeli barang makanan, dulu-dulu kedai runcit orang Melayu agak kurang yang ada kedai runcit mamak. Sehingga habis bekalan makanan mamak tu tak dapat menambah kerana tak boleh ke mana-mana dalam keadaan darurat. Kami pula sudah tidak ada sayur, maka semua pucuk ubi pun dipetik termasuklah pucuk ubi gajah.... pun jadi lauk harian.... begitulah ceritanya dapat juga rasa suasana seperti zaman pemerintahan Jepun tapi taklah sebrutal zaman itu.
Dalam tempoh dua minggu itu pula, anak jiranku yang bekerja sebagai guru telah tidak balik daripada mengajar mulai dari tarikh itu. Makcik Mun dan Pakcik Talib berendam air mata menunggu berita anak perempuan sulung pulak tu.. aku panggil anaknya Kak Julie. Sepanjang tempoh perintah berkurung itulah Makcik Mun berendam air mata sampai bengkak-bengkak, aku turut bersimpati kepadanya dan keluarga. Perintah berkurung tu fuhh... sangat memeritkan, itu baru dalam rumah sendiri belum dalam penjara tu... Hari berganti hari maka sampailah satu hari rusuhan sudah dapat dikawal dan Kuala Lumpur dalam keadaan berjaga-jaga. Kuala Lumpur dikawal oleh Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada pasukan Renjer juga Askar Melayu. Satu petang dalam suasana semua kejiranan berada di luar rumah kerana beberapa pasukan keselamatan (tentera) datang mengawal kawasan taman perumah kami, maka kembalilah insan yang di nanti-nanti oleh Makcik Mun dan Pakcik Talib, maka terjadilah satu adengan yang menyayat hati antara mereka sekeluarga. Pintu pagar besi dibuka oleh Pakcik Talib dengan tergigil-gigil untuk menyambut kepulangan anak sulung mereka juga Makcik Mun dan anak-anaknyu yang lain meluru ke pintu pagar besi, sejurus terbukanya pintu itu semua anak beranak berdakapan sambil menangis kerana kegembiran atas kepulangan Kak Julie. Anggota tentera yang menghantarnya pun kelihatan terharu akan drama sedih itu begitu juga kami yang berjiran hanya dapat melihat dari dalam kawasan rumah masing-masing dan terharu serta gembira juga apabila ahli keluarga mereka selamat kembali.

KOLAM MATA AIRKU
Aku adalah anak bongsu dalam keluarga, kisah-kisah semasa kecil sangat memberi kesan yang mendalam terhadap diriku hinggalah masa kini, ahem..ahem.. masa senja ni lah..
Bermula ketika itu aku tak ingat berapa umurku tetapi rasanya dah sekolah darjah satu kot... aku sangat suka mandi sungai. Ada satu keluarga di kampungku yang kami hormati kerana ketua keluarganya adalah ustaz yang dipanggil "Pak Ungku" yang mengajar kami di sekolah agama. Selain daripada mengajar di sekolah agama, beliau dan isteri rajin membuat kuih untuk dijual di sekolah rendah di kampung kami tu.
Rumah beliau dipinggir hutan di belakang bangunan sekolah, setiap hujung minggu aku dan rakan-rakanku yang rata-rata mereka adalah anak-anak guru yang mengajar di sekolahku sama-sama menyusur tepi hutan mencari sesuatu yang pelik-pelik, maka kami pun menyusur satu anak air (mata air) dan kami terpegun dengan keindahan kolam itu. Rupa-rupanya itulah tempat mandi manda keluarga Pak Engku. Kami pun menumpang mandi beramai-ramai. Aku dapat bayangkan betapa tenangnya air yang mengalir dari kolam itu, sambil itu memerhatikan ada ikan-ikan kecil berenang-renang di dalam kolam itu dan kami pun meninjau-ninjau dengan gembiranya. Dalam pada melihat-lihat ikan berenang-renang, kami pun berpakat untuk mandi manda di situ maka kami pun menghabiskan masa berkecimpung di dalam kolam sambil membuat gelembong itik sambil bersorak-sorak gembira. Ada juga ketika di hari-hari lain kami ulangi ke tempat itu dan ada juga insan lain penghuni hutan bersama-sama bermain di situ yang dapat dilihat bergayutan di atas pokok-pokok berdekatan.
Selepas mandi manda di kolam, kami bermain di bawah bangunan sekolah mencari semut yang mana kami melihat lubang-lubang semut lalu dicocok dengan rumput panjang yang halus dan setelah dicocok, semut-semut itu akan keluar dan kegembiraan melihatkan semut-semut itu berjalan beriring-iring dengan tertib..... Ketika itu maklumlah umur yang muda tidak terfikir kitaran kehidupan sang semut.... belum belajar ilmu alam lagi. Dan lagi si satu sudut anak sungai yang sama juga iaitu dihilir sungai juga terdapat kolam yang dengkat dan di situ banyaklah didiami sang katak. Puas juga kami menangkap berudu dimasukkan ke dalam botol dan di bawa balik. Maklumlah di sekolah zaman itu kalau subjek sains kitaran hidupan katak adalah subjek yang unik. Kami pun diarahkan oleh guru sains untuk mencari berudu dibawa ke sekolah dan dilihat kitaran hidupnya hinggalah menjadi katak..... gembiranya tak terhingga melihat akan putaran kejadian kehidupan katak....
Itu part meneroka di pinggir-pinggir hutan.... pengalamanku seperti budak lelaki, ala apa tu yang dipanggil sekarang tom boy? Ha.. tom boy.... ada juga di mana bapaku membela kambing, akulah menjadi gembalanya he..he.. tetapi menjadi gembala ketika kambing-kambingku dah tak tahu nak balik dan nak naik reban. Ketika hari hampir senja, itulah kerja aku mengejar kambing-kambing supaya naik ke reban. Kambing-kambing dulu pandai... bila keluar ke pandang meragut rumput ke atau ke mana-mana dia tetap akan balik rumah cuma baliknya dah nak senja tetapi part kelakarnya bila dia tak dapat cari pintu masuk reban... Ha... kat situlah peranan aku sebagai apa tu... ala... tak yah cakaplah tetntu anda tahu jawatan saya pada masa tu.... he.. he..
Dalam pada itu, ada juga pengalamanku semasa pergi mengaji di waktu malam. Selepas merebankan kambing, pergi mengaji, lepas maghrib aku akan pergi mengaji ke rumah pakcik Osman, rumahnya ditepi sungai juga, fuhh.... ada lagi sungai.... tapi dah malam tak berani nak ke sungai. Aku pergi mengaji naik basikal yang gedabak iaitu basikal untuk orang lelaki yang besar (masa tu aku kecil naik basikal besar bayangkanlah bagaimana mengayuh, pegang kat galangnya saja tak duduk atas seatnya) kayuh bukan main laju, pecut macam Formula One... Waktu kami mengaji lebih kurang satu jam daripada 7.30-8.30 malam. Lepas mengaji kami berlumba-lumba balik dengan basikal. Ada juga yang jatuh tetapi bukan saya.... kesian dia, kami pun membantu dan kena marah juga kerana mengayuh basikal dengan laju kat jalan besar pulak tu.... fuhh... kena warning oleh bapaku.
Sekarang aku amat merindui suasana seperti itu dan juga rakan-rakanku yang selalu dipanggil Kenit anak Cikgu Sahlan, Kenitlah yang selalu aku bawa dan ajak ke mana-mana sehinggakan ibunya pernah melarang aku membawa anaknya berjalan-jalan sekeliling kampung, bukan apa aku adalah anak Tok Penghulu di kampung tu kenalah melawat-lawat kawasan. Kadang-kadang ada baiknya juga kerana pernah aku menemui satu keluarga yang baru pindah dan aku melaporkan kepada bapaku, maka bapaku sebagai penghulu di kampung perlu tahu hal ehwal penduduk seperti YB jugaklah...

MENANGIS SAMBIL MENAIP
Di peringkat awal aku bekerja... aku bekerja sebagai jurutaip. Biasalah bila seorang jurutaip baru nak mula kerja kenalah menaip manuskrip yang solid je... Maka aku pun diberikan tugas untuk menaip satu manuskrip bertajuk Man dan Min yang ditulis oleh Faridah Lin. Bos aku ni memang sengaja nak mengenakan aku agaknya, dia tak cerita apa kisahnya bahan manuskrip itu. Aku dengan rasa seronoknya pun mulalah menaip. Mula-mulanya tidaklah berapa "touching" di mana dalam bab permulaan menceritakan bagaimana Man yang masih budak telah kematian ibu dan beliau dijaga oleh ayah yang bekerja sebagai nelayan... alah dulu-dulu nelayan ke laut hanya dapat tangkapan cukup-cukup makan je.. tak macam sekarang. Man ke sekolah hanya memakai selipar Jepun, baju sekolah hanya sepasang, bila balik sekolah dibasuh sebab nak pakai keesokan harinya. Pagi-pagi kalau ke sekolah rambut disikat menggunakan jari sambil dicelupkan jari ke dalam air dan disisrkan ke rambut. Aku teruskan juga menaip manuskrip tersebut sehinggalah habis. Jalan cerita itu bersahaja tetapi amat menyentuh hati dan perasaanku. Rupa-rupanya manuskrip itu adalah kisah hidup (semasa kecil) Sasterawan Negara Allahyarham Dato' Usman Awang. Manuskrip itu telah dicetak dan diterbitkan tetapi sayangnya tak ramai di antara kita yang membeli serta memiliki buku itu.....
Aku amat berbangga kerana dapat menaip cerita itu dan sehingga kini kisah ini masih lagi terpahat di hati dan jiwa ragaku, malah ke mana-mana saja aku pergi apabila bercerita-cerita maka aku tidak lupa menyelitkan kisah ini untuk sama-sama memahami dan renungkan betapa bahgianya kita sekarang mengecapi suasana yang lebih selesa kerana negara kita yang aman dan damai.... Oleh itu marilah kita sama-sama mengecapi keamanan dan kedamaian yang telah diberikan oleh datuk nenek kita dulu untuk kita dan janganlah kita biarkan apa yang kita kecapi dihancurkan oleh kita sendiri demi untuk anak cucu kita pula.

sambung kisah dulu-dulu
Tahun 2000 telah banyak mengubah rupa jabatan aku bekerja kerana sekarang ni adalah zaman global, semuanya menggunakan peralatan yang canggih, yang terkini mengikut peredaran zaman. Aku amat berbangga dapat mengalami perbezaan ini. Bukan sahaja peralatan yang canggih, pekerja juga canggih. Di zaman 20han ini semua pekerja dibekalkan peralatan komputer dan aku pun mendapatnya dan tidak membuang masa untuk mempelajari apa saja yang berkaitan dengan tugas atau pun tidak. Tak tahulah mengapa, aku suka sangat menambah mencari ilmu untuk memajukan diri dan membuka minda yang positif, bukan hanya yang berkaitan dengan tugas, tetapi untuk menambah ilmu pengetahuan supaya aku tidak dikatakan ketinggalan atau kata orang putih 'outdated'.
Maka masa-masa senja ni, aku sampai juga akhirnya dan dengan perkhidmatan yang begini lama. Aku sangat berbangga kerana rakan-rakan lama dan baru yang sangat kuhormati dan sayangi masih mengingatiku sebagai seorang pekerja yang senior walaupun aku hanya dalam kumpulan sokongan II. Terima kasih atas ingatan rakan semua dan kuhargai hubungan baik itu dan tidak kurang juga yang benci, walau bagaimana pun sekali lagi aku amat-amat hargai kalian semuanya dan sekiranya ada di antara mereka yang menyentuh perasaanku, kuanggap itu hanyalah asam garam suasana orang bekerja.

KISAH DULU-DULU
Kisah dulu-dulu masa mula-mula bekerja. Masa tu umur baru 18 nak masuk 19 dah mula bekerja, agak asing jugalah kerana tak pernah bekerja di mana-mana pejabat. Mula-mula dapat pelawaan temuduga aku rasa panik jugalah, maklumlah tak pernah bekerja baru lepas sekolah. Aku dihantar oleh kakak untuk menghadirinya, dalam hati syukur alhamdulillah nak juga kakak aku hantar, elok sampai di tempat temu duga selepas mendaftar dia terus kata balik sendiri sebab dia ada urusan di tempat lain dan tidak dapat mengambilku, bederau rasa hati, macam mana nak balik ni.... sebelum temu duga puaslah bertanya dengan peserta lain balik mana, balik mana. Tup-tup ada pula member yang balik sehala, fuhh lega....
Kisah mula-mula melapor diri pulak.... Selepas temu duga seramai 6 orang peserta telah dilantik menjawat jawatan yang dimohon dan melapor diri pada tarikh yang sama. Maka kami pun melapor diri... hari pertama selepas ditempatkan di bahagian masing-masing, waktu makan tengah hari kami berkumpul di ruang yang dijanjikan dan berbual-bual. Sambil berbual-bual kami ditegur oleh Sdri Rohani mengajak kami bersukan bola jaring(netball). Seperti pucuk dicita ulam mendatang kami pun terima dengan gembiranya, maka minggu hadapannya kami pun bermain bola jaring dan seterusnya sukan-sukan yang lain seperti badminton, ping pong, pokok pangkal apa saja sukan yang boleh kami ikuti ketika itu sehinggalah masuk belajar silat.
Kalau diingat-ingatkan lagi banyak kisah-kisah manis yang kualami semasa bekerja dan masa berubah mengikut peredarannya. Orang dulu-dulu berfesyen sangat berbeza dengan zaman sekarang maklumlah fesyenlah katakan.... hingga sekarang aku telah berkhidmat di jabatan ini lebih kurang 36 tahun lamanya. Kalau generasi sekarang susah juga nak sampai ke tempoh perkhidmatan seperti ini. Aku memulakan perkhidmatan dari peringkat bawah hinggalah di peringkat pertengahan sekarang (setakat yang mampu je lah). Itu pun sudah bersyukur diberikan kesihatan, serta akal yang matang dalam menangani urusan kerja dan juga kehidupan.

CECITA
Hari ini CUPECS telah membuat usul supaya gred kakitangan kerajaan NI di tukar kepada N17, pada pandangan saya sangat baik dan ini boleh menggalakkan kakitangan kerajaan yang terlibat boleh lebih produktif lagi untuk sesuatu organisasi.
ASALAMUALAIKUM
Apa kabar pembaca semua semoga sihat walafiat hendaknya, saya amat berbangga dapat berinteraksi dengan anda, untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pandangan tidak kira apa saja yang boleh dikongsi. Selamat datang dan semoga sama-sama dapat memanfaatkan apa yang dikongsikan.
pemanisrasa.blogspot.com
pemanisrasa.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)